BARU-baru ini tular sepotong video yang memaparkan seorang wanita yang merupakan waris kepada penerima bantuan mengkritik sistem agihan bantuan pihak zakat.
Dalam video yang dimuat naik di laman sosial itu, dia meluahkan tentang kelewatan menerima bantuan susu buat anak-anaknya serta kesilapan pihak MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) membekalkan lampin jenis yang salah.
Ibu kepada enam anak itu dikatakan memohon pampers jenis seluar, namun yang diterima adalah jenis pelekat.
"Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat, dan tak telus,” katanya pada AATV Media.
Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsikan AATV Media, rata-rata netizen menyifatkan sikap wanita itu sebagai tidak bersyukur serta meminta perkara yang tidak diperlukan.
Sementara itu, MAIWP tampil memberi penjelasan dalam satu kenyataan di Facebook berhubung dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya wujud kartel dalam pengurusan bantuan kepada golongan asnaf.

