Amar Baharin kongsi alami strok haba ketika misi berbasikal di Dubai. 'Ya ALLAH, aku dah nak mati ke?' 

Iklan

Pelakon Amar Baharin nyaris terkena strok haba dalam misi berbasikal ke Madinah ketika menempuh cuaca ekstrem 50°C di Dubai.

PELAKON Amar Baharin baru-baru ini ada berkongsikan semula kejadian cemas yang berlaku ketika menjalankan misi berbasikal #JourneyToTanahHaram menuju ke Madinah Mei lalu.

Amar atau nama penuhnya Amar Mohd Baharin menerusi perkongsian di Instagram berkongsi keadaan beliau ketika diserang strok haba ketika menempuh cuaca ekstrem sekitar 50 darjah Celsius semasa berada di Dubai.

"Share sikit pengalaman kayuh. Waktu ni (KM79) aku dah rasa kebas-kebas, bulu roma dah nak meremang, heart rate dah 85% dari Max HR. Start rasa tak fokus, suhu 48°C. Masuk KM80 dah sampai 50°C.

"Peluh tak ada, berhenti bawah jejambat, aku pening macam nak jatuh. Aku istighfar, mengucap syahadah,” tulisnya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Tambah suami kepada pelakon Amyra Rosli ini lagi, simptom yang dialaminya itu benar-benar menguji diri sehingga berdepan dengan masalah kekejangan teruk pada anggota badan dan alami pitam.

"Sampai kat rumah sahabat di Abu Dhabi, jari kaki tangan kejang. 1 jam aku termenung bawah penyaman udara. Dalam hati, ‘Ya ALLAH, aku dah nak mati ke? Adakah itu rasa"Heat Stroke”?

"Tiba-tiba aku terpadam, sedar-sedar masih terbaring (di atas lantai tempat aku kejang tadi).

"Alhamdulillah ALLAH masih beri peluang untuk aku terus hidup. 2 malam berehat di rumah sahabat, Riduan. Nikmat yang ALLAH beri... Dapat singgah #GrandMosqueAbuDhabi solat Jumaat. Masya-ALLAH...” tambahnya lagi.



Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut ayah kepada dua orang cahaya mata itu. Malah, ada yang menganggap itu merupakan salah satu bentuk ujian ALLAH kepada hamba-NYA yang sedang dalam perjalanan menuju ke Tanah Suci.