SUASANA sayu menyelubungi penduduk Taman Rambai Mutiara, Melaka, selepas seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya dibunuh kejam.Dalam perkembangan berkaitan, polis mendedahkan suspek pembunuhan berkenaan ialah remaja berusia 17 tahun yang merupakan anak kepada guru berkenaan.Tekanan belajar dan sering dimarahi dipercayai punca remaja lelaki itu menikam ibu dan abangnya sehingga maut menggunakan pisau lipat dianggarkan sepanjang 20 sentimeter (cm)!Berikut kronologi yang dikongsi Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar:1-Dalam kejadian lebih kurang jam 5 pagi, suspek dipercayai masuk ke bilik ibunya lalu menyerang mangsa sebelum menikam wanita berusia 51 tahun itu menggunakan pisau.2-Abang sulung suspek yang berusia 21 tahun, menyedari kekecohan berlaku dan cuba meleraikan namun turut ditikam sehingga maut sebelum mayat kedua-dua beranak itu ditemui di ruang tamu rumah teres setingkat itu.
Tragis! Asbab tekanan belajar cikgu ditikam anak calon SPM, sempat sorok senjata dalam beg sekolah, buang baju dalam semak
Iklan