PENYANYI terkenal, Black Hanifah, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes-Benz GLC 43, kepada isteri tercinta.Momen itu dikongsi sendiri oleh pelantun lagu Hijab Rindu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial. Mereka pada awalnya datang untuk membuat ulasan kereta yang ada di sana sebelum memberikan kejutan penuh bermakna itu sebagai balasan atas pengorbanan isterinya selama ini.“Dan pada kesempatan ini saya pun nak ucapkan terima kasih kepada isteri kerana selama tiga tahun ini dia jaga villa saya. Dia tak pernah minta gaji lebih pun. Malah, dia tak pernah minta pun gaji. Dia jaga sahaja semua bisnes saya.“Ini bukan sebab dia minta. Tapi saya tahu dia suka kereta ini. Setiap kali lalu lebuh raya, dia akan cakap, ‘Cantiknya kereta ini. Cantik kereta ini.’ Dua tahun saya dengar dia ulang benda itu,” ujar Black.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri tanda balas jasa. 'Dua tahun saya dengar dia ulang, cantiknya kereta ini'
Iklan