LULUH hati menyaksikan video tular ini. Ke mana hilangnya kemanusiaan hingga sanggup membuang darah daging ke dalam mangkuk tandas sampai hilang nyawa!Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial, kes yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Johor.Menerusi perkongsian pemilik media sosial bernama Naim, video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita memasuki tandas berkenaan.Pada klip video, lelaki itu mendakwa wanita berkenaan tiba di stesen minyak berkenaan bersama ibu bapa dan kedua-duanya sempat membelikan tuala wanita untuk anaknya. "Buang anak di stesen minyak. Mak ayah masuk dalam siap belikan pad untuk anak," kongsinya.
Kejam! Buang janin dalam tandas stesen minyak, mak ayah 'ibu' dipercayai subahat, sempat belikan tuala wanita
Iklan