Ucapan Hari Bapa Noor Nabila kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad, raih perhatian ramai apabila menggambarkan hubungan co-parenting mereka yang matang demi anak tunggal, Jebat Jayden.
MESKIPUN sudah lama berpisah, hubungan baik antara usahawan Noor Nabila dan bekas suaminya, pelakon popular Sharnaaz Ahmad, terus menjadi contoh yang matang dan positif dalam kalangan ibu bapa moden.Terbaharu, Nabila mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu ucapan Hari Bapa yang cukup menyentuh hati khusus buat Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram miliknya semalam.Menerusi nukilan penuh emosi itu, Nabila menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap kehadiran serta komitmen bekas suaminya yang disifatkan sebagai seorang bapa penyayang dan bertanggungjawab kepada anak mereka, Jebat Jayden.“Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang hebat kepada anak kita. Kerana hadir dengan sepenuh hati, masa dan kehadiranmu.“Kau telah memberikan sesuatu yang sangat berharga kepadanya… kasih sayang, konsistensi, dan rasa bangga terhadap siapa ayahnya.“Berkongsi tanggungjawab sebagai ibu bapa denganmu bukan sekadar tentang melakukan perkara yang betul. Ia tentang kematangan dan memilih kedamaian, semata-mata demi Jayden,” tulis Nabila.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Ucapan itu nyata memberi gambaran jelas bahawa hubungan mereka sebagai ibu bapa terus berkembang dalam suasana harmoni, walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri.Dalam masa sama, kakak kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa itu turut mengakui bahawa perjalanan membesarkan anak bersama Sharnaaz telah mengajar mereka untuk lebih matang dan bersahabat demi memastikan Jayden membesar dengan kasih sayang penuh daripada kedua-dua pihak.“Syukur alhamdulillah… aku amat bersyukur, bersyukur atas dirimu, atas kerjasama kita.“Dan cara kita berkembang, bukan hanya sebagai ibu bapa, tetapi juga sebagai sahabat.“Terima kasih kerana tidak pernah menghilang kerana terus bertumbuh dalam perananmu dan membuat Jayden merasa dia ada kedua-dua ibu bapanya. Menyayanginya sepenuhnya,” tulisnya lagi.Sebagai info, Nabila dan Sharnaaz mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah secara rasmi pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini menjadi pengikat kasih sayang serta semangat kebersamaan antara dua insan ini meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.