BAYANGKAN satu tempat yang meriah dengan gelak tawa, bau sate yang membangkitkan selera dan anak-anak berlari ke sana sini sambil mata mereka bersinar teruja. Itulah suasana yang dijanjikan di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025, yang bakal berlangsung dari 25 hingga 27 Julai di Seksyen 15, Shah Alam. Tiga hari penuh warna ini bukan sekadar pesta hiburan, tetapi satu sambutan komuniti yang mengangkat semangat perpaduan dan kepelbagaian rakyat Malaysia. Dengan lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir, karnival ini menggabungkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan