‘Pok tunjuk melalui perbuatan, jadi contoh depan mata kami.’ Mek Yun kongsi didikan ayah penuh teladan

Iklan

BUKAN mudah untuk menjadi seorang ayah. Sebagai ketua keluarga perlu memikul tanggungjawab memimpin dengan sebaiknya.

Selebriti tanah air, Mek Yun, cukup dikenali dengan kisah adik-beradiknya yang rapat dan suka usik- mengusik antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Terbaharu, pempengaruh media sosial itu berkongsi sisi lain ayahnya. Siapa sangka, insan istimewa yang dipanggil ‘Pok’ itu rupa-rupanya seorang yang berpangkat tinggi dan disegani.

“Inilah ayah Mekyun, Brigedier Jeneral Dato’ Wee Han Siew mantan Panglima Briged Artileri Roket Malaysia. Seorang ayah, seorang pemimpin dan seorang wira.

Iklan

“Pok seorang yang tegas tetapi penuh kasih. Dari kecil, pok ajar kami tentang disiplin, hormat dan keberanian. Nilai-nilai yang kekal dalam hati kami sehingga ke hari ini.

Iklan

“Kami bukan sekadar belajar tentang kepimpinan dan keberanian daripada dia. Pok tunjuk melalui perbuatan dan kami ikut cara dia” ujarnya melalui ucapan ringkas yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dari kecil, Mek Yun melihat susuk tubuh ayahnya sentiasa utamakan keluarga walaupun sibuk berkhidmat untuk negara.

Tidak lupa juga untuk ibunya yang sentiasa berdiri teguh di sebelah ayahnya setiap masa. Menjadi tulang belakang untuk suami dan anak-anak serta sentiasa mendoakan dan menyayangi mereka tanpa henti.

Dalam video pendek yang dimuat naik oleh Mek Yun sendiri, kelihatan ayahnya sangat ‘sempoi’ dengan berpakaian t-shirt biasa dan seluar pendek menaiki motosikal EX5 untuk membeli air kelapa di gerai tepi jalan.

Pok segera ‘menepis’ bila jurujual memanggilnya Datuk. Mek Yun sendiri memberitahu ayahnya tidak suka dipanggil sebegitu rupa. Pok sempat berkongsi kata-kata hikmah buat peminat setia Mek Yun.

“Pok tahu macam mana hidup susah. Bermula dari bawah. Bila kita ada rezeki, ingat asal usul kita, adat resam kita dan jangan lupa diri.

“Pok selalu pesan pada Mek Yun dan abang-abang dia, kita kena hidup sederhana dan jadi orang baik,” kata ayah Mek Yun khas buat semua.

Sikap rendah diri pok dan semua ahli keluarga Mek Yun membuatkan mereka sering kali mendapat tempat di hati warganet. Semoga kebaikan yang ditunjukkan oleh keluarga ini menjadi ikutan untuk semua masyarakat.

“Terima kasih sebab jadi contoh kekuatan dan cinta yang tak pernah bersyarat. Segala prinsip dan kekuatan yang Mekyun ada hari ini, semuanya bermula dari rumah. Semuanya bermula dari Pok.

“You’ll always be my greatest pride & hero,” ucap Mek Yun mengakhiri kata.