TIADA angin tiada ribut, tahu-tahu muat naik video atas pelamin! Itulah perkongsian pelakon dan pengacara, Irma Hasmie yang berjaya mencuri perhatian pengikutnya ketika sedang mempromosikan dewan perkahwinan di akaun media sosial beliau baru-baru ini.
Lakonan bersahaja oleh ibu tunggal kepada dua orang anak itu sebagai pengantin perempuan dengan ekspresi wajah penuh emosi, membuatkan ramai yang menontonnya terhibur.
“Terpaling berangan, dah gigih rupa-rupanya majlis orang lain.
“Okey lah, saya nak pergi bertenang dulu. Lama tak berlakon kannn.. Kira okey jadi tak?” tulis Irma di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, ramai warganet ‘menyerang’ perkongsian wanita berwajah lembut itu kerana masing-masing menyangka Irma benar-benar bakal mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Irma telah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pada tahun 2023, media melaporkan bahawa perkahwinan pasangan itu sudah berakhir.