Che Ta sempat 'bebel manja' Aaisyah ketika tolong masak. 'Belajar tinggi mana pun tetap kena masuk ceruk dapur'

Iklan

Warganet kagum dengan cara Che Ta didik anaknya Aaisyah Dhia Rana agar mahir di dapur sejak kecil.

MENJADI kebiasaan bila tiba cuti sekolah, si ibu pasti akan memanfaatkan masa bersama anak-anak untuk membantu kerja di rumah.

Tidak terkecuali bagi pelakon jelita, Rozita Che Wan yang berkongsi gelagat puteri bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, ketika diarahkan membantu memasak di dapur.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian dimuat naik di aplikasi TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta sempat ‘membebel manja’ kepada Aaisyah yang sedang sibuk di dapur, sambil menyelitkan nasihat penuh makna.

"Time cuti sekolah ni la Aaisyah, hang kena duduk kat dapur belajaq masak. Memang pandai kupas halia tapi terkemut-kemut. Belajar tinggi mana pun tetap kena masuk ceruk dapur.

Iklan

"Lepas tu lagi satu, lelaki kalau kaya macam mana pun, perempuan kena pandai cari duit. Hang dengaq dak? Baik-baik, hilang jari satgi kurang pula duit hantaran," ujar Che Ta.

Iklan

Pelakon drama Kiah Pekasam itu turut menulis peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' di kapsyen video berkenaan, sebagai tanda sokongan terhadap usaha mendidik anak mengenal dapur sejak kecil.

Dalam satu lagi perkongsian, usahawan jelita itu turut menguji minda anak perempuannya dengan bertanyakan bahan-bahan masakan yang sedang dikupas oleh si kecil yang kini berusia 11 tahun itu.

"Aaisyah potong apa tu? Hang nak masak rendang ke apa? Best tak cuti sekolah? Kat dapur ni hang tunggu sat, mummy nak hang hafal semua ni, kelengkapan kat dapur ni dengan segala ubi mengala ni, mummy nak hang potong,” katanya berseloroh.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata terhibur melihat keletah dua beranak tersebut.

Malah, ramai juga yang memuji cara isteri kesayangan Zain Saidin itu dalam mendidik anaknya agar tidak kekok berada di dapur dan belajar berdikari sejak usia muda.