30 tahun memasak dan tak pernah merokok, tapi wanita ini disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik kerana asap dapur

Iklan

CUACA yang tak menentu kini menyebabkan ramai orang tiba-tiba demam. Ada juga yang mengalami batuk berpanjangan. Ini semua simptom biasa yang dialami bila kita terdedah dengan situasi tersebut.

Seorang doktor pakar paru-paru, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkongsi cerita di Facebook miliknya tentang kehadiran seorang pesakit dikenali sebagai Puan Parameswari ke kliniknya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Segalanya bermula dengan batuk yang tidak berhenti. Kadang-kadang berkahak dan kering. Wanita berusia 57 tahun itu menganggap ia batuk biasa sahaja.

Namun, lama-kelamaan, dia berasa semput setiap kali mendaki tangga ke rumah yang terletak di tingkat empat.

Iklan

Baru menapak tingkat dua, dia sudah rasa mengah dan sesak nafas. Rasa dada seperti dihimpit dengan batu besar. Tidak pernah berlaku sebelum ini.

Suami hanya ingat si isteri kepenatan membuat kerja rumah. Lalu menyuruhnya berehat untuk seketika.

Iklan

“Melihat keadaan ini, kami lakukan spirometri dan imaging dada untuk melihat keadaan paru-paru. Keputusannya amat mengejutkan. Pesakit ini mengalami chronic bronchitis dengan tanda-tanda chronic obstructive pulmonary disease (COPD) awal.

“Suri rumah ini tidak merokok dan tidak bekerja di kilang. Tetapi paru-parunya seperti perokok tegar 20 tahun.

“Melalui temu bual bersama pesakit, satu-satunya punca yang konsisten adalah asap dapur dan pencemaran udara dalam rumah,” katanya kepada pesakit ini.

Suaranya terketar-ketar. Dia duduk di hadapan doktor sambil memegang tisu yang sudah renyuk dengan kesan air mata.

Setiap hari, selama lebih 30 tahun, dia memasak menggunakan dapur arang dan gas di rumah flat kecil tanpa pengudaraan yang baik.

Doktor memberikan rawatan inhaler bronkodilator, latihan pernafasan dan pelan mengurangkan pendedahan kepada asap dapur agar dia boleh sembuh dengan cepat.

Ramai wanita di Malaysia, terutamanya suri rumah, sangat terdedah kepada asap dapur setiap hari.

Masak untuk suami, anak-anak dan keluarga. Rutin yang dianggap normal tetapi dalam diam, paru-paru mereka 'menangis'.

Bila dapur sempit, tingkap tidak dibuka, tiada sistem pengudaraan yang baik ketika memasak menyebabkan semua partikel dari asap masakan terperangkap. Kita hidu tanpa sedar. Lama-kelamaan fungsi paru-paru mula terjejas.

Pengajaran dari kisah ini, sila pasang kipas atau paling bagus guna kitchen hood ketika memasak. Buka tingkap dan pintu dapur seluas-luasnya kerana asap dapur juga merupakan salah satu pencemaran udara.