Redza Syah Azmeer umum kelahiran anak ketiga, titip nasihat menyentuh hati

Iklan

 

TAHNIAH diucapkan buat Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan yang selamat menyambut cahaya ketiganya.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di Instagram, dia menyampaikan berita gembira kelahiran si kecil dengan memuat naik beberapa foto bersama isteri dan cahaya mata sulung mereka.

"Alhamdulillahirabbil alamin.

Iklan

Selamat datang ke dalam keluarga, anakku. Ibu telah berjuang demi nyawamu, melahirkanmu dan ayah menjadi saksinya," kongsinya.

Iklan

Artikel berkaitan

Dalam pada itu, Redza turut menitipkan doa buat anaknya yang baharu menjengah dunia.

"Kami di sini untuk membimbingmu agar menjadi yang terbaik antara kami.

"Jagalah tanggungjawabmu kepada ALLAH SWT, berlaku baik dan adil sesama manusia.

"Ayah dan ibu akan sentiasa menyayangimu dan akan selalu berada di sisimu.

"Rabbi hab lii min ladunka zurriyyatan toyyibah; innaka samii'ud-du'aa"

'Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik daripada sisi-MU; sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa," tulisnya.

Sekadar info, Redza secara terbuka mengumumkan perkahwinannya dengan wanita pilihan hati, Nur Hafiza Mohd Salim pada April 2024.

Imbas kembali, lelaki tersebut terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Irma Hasmie pada 2012 namun berpisah pada Oktober 2024.

Berita perceraian dimaklumkan oleh rakan Irma yang dikenali sebagai Reen Emran menerusi hantaran IG Story.

Hasil perkongsian hidup, Redza dan Irma dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syed Irfhan, 12, dan Irma Nur Naylie, 11.