SENTIASA positif, bersemangat dan murah dengan senyuman, bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 52, sering menjadi perhatian warganet.
Tampil ceria menerusi video-video dimuat naik, ketabahan dan sifat merendah diri Adibah dalam menghadapi krisis rumah tangganya termasuk mempertahankan perkahwinan serta perebutan anak tidak lama dahulu membuatkan ramai tersentuh.
Dalam perkembangan terkini, ibu tunggal kepada lima cahaya mata itu mendapatkan hak hadanah (penjagaan anak) kekal tiga anaknya selepas dua tahun berjuang.
Pada Februari lalu, Adibah turut berjaya mendapatkan semula hak penjagaan untuk anak keempatnya, Nur Anisa Rosland, 14, yang sebelum itu berada di bawah hadanah interim (sementara) bekas suaminya, Rosland Othman, 52.
Dalam hantaran di Facebook, Adibah atau mesra disapa Adeeb sempat berkongsi, berlapang dada dengan apa yang terjadi. Enggan menuding jari kepada sesiapa, dia reda dan berlapang dada dengan takdir.
"Tiada siapa yang kahwin, nak end up single. Tiada siapa yang kawin, nak end up turun naik mahkamah.
"Who would have thought 28 years gone like that.
"Tak perlu menuding salah siapa. Mungkin ada pelbagai andaian or suggestions like you should do this, you should do that. Kalau tak takkan jadi macam ni. Pelbagai teori.
"Ya, saya tak sempurna. The other party pun tidak. But I do learn about loving myself.
"Ahamdulillah ala kullihaal. I feel lighter now. It’s ok. Tarik nafas dalam-dalam. I strongly believe that ALLAH SWT has better plans for me. Please pray for my all kes tuntutan.
"Ini gambar leaving court selepas hakim granted hak jagaan dua orang anak sepenuhnya to me," kongsi ibu kepada lima cahaya mata itu.
Dalam pada itu, aktivis Mona Din berkongsi bantuan telah memberikan bantuan guaman kepada Adibah.
“Saya masih ingat hampir selang sehari meeting, berjumpa di pejabat peguam saya, Akmal SK. Merujuk pihak-pihak agama mencari bukti, hingga akhirnya bermacam dokumen kami jumpa, yang mengesahkan berlakunya poligami scam.
"Namun Adibah terus memutuskan untuk tidak bertindak mengikut hati. Wanita baik ini tetap tidak mahu menzahirkan apa jua yang buruk di Facebook.
"Beliau memilih untuk mengikut saluran undang-undang. Dan tiba-tiba, dalam Adeeb memilih untuk berlaku baik, kami dikejutkan dengan tuntutan perceraian dan beliau dituduh nusyuz.
"Masa ni saya sudah hilang sabar. Saya berikan Adibah peguam dan saya kata kepada Adibah, kita lawan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, Mona amat mengagumi kekuatan wanita itu berjuang demi haknya.
Difahamkan, semasa Adibah dan anak-anaknya bercuti di luar negara, bekas suaminya, Rosland disahkan muflis.
Bagaimanapun, perjuangan ibu tabah itu masih belum selesai berkaitan harta sepencarian.
Sekadar info, Adibah dan Rosland yang sudah hidup bersama selama 28 tahun, mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 13 hingga 28 tahun.
Mereka bercerai talak satu pada 3 Ogos 2023.
Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana pada 25 Julai 2020 dan hasil perkongsian hidup itu. Mereka kini dikurniakan dua anak perempuan.
Sumber: Facebook