BERGELAR raja sehari ialah detik indah bagi setiap pengantin baharu. Namun bagi wanita ini, ia momen menyedihkan yang tidak dapat dilupakan kerana kehilangan abang tersayang.
Sebuah kisah tular di Thread menyayat hati menceritakan pengalaman pahit Nadhrah, 27, yang terpaksa menerima pemergian mengejut abang tersayang Izwan Ismail, 38.
Siapa sangka hari bahagianya akan bertukar menjadi detik paling hiba apabila dia diuji dengan pemergian mengejut abangnya sendiri ketika masih berbusana pengantin.
Memetik Kisah Dunia, abangnya dikenali sebagai Izwan Ismail, 38, masih bujang. Sifatnya yang rajin dan tidak pernah berkira untuk membantu ardik-beradik membuatkan lelaki itu disenangi ramai.
Jelas Nadhrah, majlis persandingannya pada 16 November 2024 menjadi detik hitam menyaksikan insiden orang disayanginya dikatakan termasuk ke longkang berdekatan kawasan loji yang ketika itu sedang hujan lebat.
"Abang meninggal semasa saya tengah sanding. Allahyarham terjatuh ke dalam loji besar tepi rumah.
"Semasa saya bersanding di atas pelamin, saya nampak orang berlari-lari pergi buat cardiopulmonary resuscitation (CPR).
"Setiap kali orang datang salam atas pelamin mesti tanya abang macam mana. Last-last saya tinggalkan majlis yang sedang dipertengahan acara dan terus pergi hospital," katanya.
Demi abang tersayang, beliau meninggalkan majlis. Namun segalanya terlambat apabila Izwan sudah kembali rahmatullah.
"Datang jabatan kecemasan hospital dengan baju pengantin.
"Semua doktor tengok, meraung menangis peluk abang sudah ditutup dengan kain putih.
"Malam pengantin itu saya menangis sampai pagi.
"Keesokannya saya memandikan jenazah abang dengan tangan berinai. Sampai bila-bila saya tidak dapat melupakan peristiwa ini," kongsinya.
Hantaran Nadhrah menerima lebih 1,900 tanda suka di Threads. Warga maya mengirimkan ucapan takziah danm menzahirkan simpati. Malah ramai yang mendoakan agar keluarga wanita itu terus tabah.
"Salam takziah, moga diberi ketabahan."
"Allahu, sedihnya. Pada hari bahgia ajal abang awak tiba. Apa-apapun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini memang sedih."
"Ya ALLAH, sedihnya sis. Di hari bahagia ALLAH turunkan ujian. Moga sis sekeluarga diberi ketabahan.
Sumber: Thread, Kisah Dunia