PERSONALITI media sosial dan YouTuber, Fila Amir menjadi perhatian ramai selepas menyambut cahaya mata sulungnya sebulan yang lalu.
Siapa sangka bayi dinamakan Assara dinantikan Fila dan suami, Adama Mohamed Camara selepas lima tahun menanti turut menerima tempias populariti.
Dalam hantaran terbaharu, wanita kelahiran Kubang Pasu, Kedah itu menjawab persoalan dikemukakan warganet tentang anak sulungnya yang dikatakan tidak seiras suami.
"Kenapa baby Fila tak ada rupa Adama?" titip warganet bernama Norliah.
Tidak berdiam diri, Fila memberikan jawapan ringkas tetapi mendalam.
Dia malah menjelaskan rupa paras anak perempuannya yang salin tak tumpah persis Adama.
"Siapa cakap tidak sama? Letak gambar sebelah Assara sebiji sama," kongsinya.
Warganet turut bersetuju dengan reaksi Fila. Bahkan, ramai mengatakan wajah bayi sering kali akan berubah seiring tumbesaran.
Malah, rata-rata mereka juga menasihati pasangan tersebut untuk mengabaikan komen-komen negatif seperti itu.
Sekadar info, menurut laman Hello Doktor, seorang anak akan mewarisi ciri tertentu daripada bapa misalnya ketinggian, warna bola mata, lesung pipit, struktur gigi dan bentuk bibir.
Sumber: Instagram