Bas ekspres terlanggar palang had ketinggian 7 cedera, penduduk dedah kemungkinan pemandu ikut jalan pintas elak kesesakan

Iklan

 

KEMALANGAN membabitkan bas makin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Iklan
Iklan

Kurang sebulan daripada nahas ngeri meragut 15 nyawa di Gerik awal Jun lalu, sebuah lagi bas ekspres melanggar palang had ketinggian di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota, Nilai malam tadi.

Dalam kejadian, tujuh individu termasuk pemandu bas cedera ringan dan dirawat di zon hijau Hospital Serdang.

Iklan

Berikut info berkaitan kejadian yang dikongsikan Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba 1 (KUP) Azmi Hamid:

Iklan

1-Pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 10.30 malam.

2-Bas berkenaan difahamkan membawa seramai 19 penumpang dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.

3-Tujuh mangsa yang cedera terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 50-an.

4-Operasi menyelamat membabitkan sembilan anggota pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama satu unit jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di laman sosial Facebook Helme Hanafi, terdapat kemungkinan pemandu menggunakan perkhidmatan pemetaan web dan memilih laluan berkenaan kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas.

"Driver tak biasa jalan ni. Ikut jalan pintas yang map tunjuk sebab lebuh raya jem.

"Ni jalan taman yang tak boleh dilalui kenderaan berat," kongsinya menjawab pertanyaan warganet pada ruangan komen.

Sumber: Sinar Harian, Facebook