Nak viral dengan stail? Ayuh gegarkan pentas Aerodance Karnival Karangkraf 2025!

Iklan

BAGI yang sukakan gaya hidup aktif, penuh tenaga dan semangat, pertandingan Aerodance sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 wajib masuk dalam senarai aktiviti bulan Julai ini.

Lebih menarik, pertandingan ini terbuka kepada semua, khususnya kepada golongan remaja dan anak muda yang mahu tunjuk bakat serta bergembira dalam suasana penuh warna dan gaya.

Iklan
Iklan

Daripada rentak K-pop yang trending, alunan Latin yang menggoda, remix TikTok yang viral hingga ke beat Zumba yang membara.

Apa jua lagu pilihan anda, yang penting rentak padu, step on point dan penuh kreativiti bersama ahli kumpulan! Inilah pentas untuk anda tampil dengan koreografi paling menarik dan menghiburkan.

Iklan

Bertempat di Pentas Utama, Dataran Karangkraf, Shah Alam, acara ini akan berlangsung pada Ahad, 27 Julai 2025, dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Iklan

Pertandingan ini dibuka untuk penyertaan berkumpulan sahaja, dengan setiap kumpulan dianggotai enam (6) orang, bebas sama ada lelaki, perempuan atau campuran.

Syaratnya mudah, anda kena datang awal (sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara), sediakan koreografi paling kreatif, dan pastikan persembahan anda menepati tema.

Jenis persembahan mestilah dalam bentuk aerobik atau kardio, dan pakaian pula perlu sopan serta sesuai untuk tontonan umum.

Menariknya, semua kumpulan wajib memasukkan 10 pergerakan asas aerobik, dengan dua kiraan lapan (2x8) setiap satu: marching, jog, knee lift, step touch, V-step, jumping jack, side tap, skip, pony step dan grapevine.

Saiz pentas adalah 7 meter x 7 meter, jadi pastikan anda rancang formasi dan pergerakan dengan baik.

Tempoh maksimum persembahan ialah 3 minit (dengan toleransi ±5 saat) dan muzik pula mesti berada dalam julat 140–145 bpm.

Paling penting, pastikan lagu yang digunakan bebas unsur negatif dan sesuai dengan semangat karnival yang ceria.

VARIASI GAYA DAN TEMPO

Apa yang membezakan kumpulan anda daripada yang lain? Juri akan menilai berdasarkan beberapa aspek utama dengan pecahan markah seperti berikut:

- Kerjasama Pasukan (15%) – perubahan formasi, posisi dan keseragaman pergerakan.

- Koreografi & Koordinasi (35%) – penggunaan pergerakan wajib, variasi gaya dan tempo, kekuatan fizikal, fleksibiliti serta pematuhan masa.

- Muzik (20%) – kepelbagaian dan kesesuaian lagu pilihan.

- Persembahan & Penampilan (30%) – pakaian, semangat, tenaga dan kreativiti secara keseluruhan.

Nak join? Ayuh segera kerana tarikh tutup pada 16 Julai 2025, jadi jangan tunggu lama-lama sebab penyertaan adalah terhad!

Daftar sekarang dengan imbas QR code pada poster rasmi atau layari laman web Sinar Harian, klik tab Karnival Siang Malam dan isi borang penyertaan.

Jadi, siapa kata sihat tak boleh bergaya? Dengan gabungan muzik, stamina dan semangat berkumpulan, Aerodance bukan sekadar pertandingan, ia pengalaman yang akan jadi memori paling lit dalam hidup anda.

Ayuh, pakai kasut sukan, susun formasi dan gegarkan pentas Karangkraf macam anda lahir untuk menari!

#AerodanceKarangkraf2025 #StepOnPoint #RentakOnz #KarnivalSiangMalam #SinarPlus #lifestylesinarharian