'Saya tak mahu mereka terbeban'- Dr Afif komited bantu ringankan beban asnaf & OKU dapatkan rawatan kesihatan

Iklan

BUKAN semua orang lahir dalam situasi yang cukup segalanya.

Bagi sesetengah individu, terutama golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU), urusan kesihatan kadangkala menjadi satu cabaran.

Iklan
Iklan

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan pihak kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik, ada ketikanya keperluan tambahan daripada sektor lain turut memainkan peranan penting.

Menyedari keperluan itu, ada pihak yang tampil dengan inisiatif yang cukup menginspirasikan. Salah seorangnya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan.

Iklan

Beliau bersama pasukannya telah lama mengambil pendekatan proaktif dengan memberi rawatan percuma kepada mereka yang memerlukan. Misi ini bukan baharu.

Iklan

“Sejak penubuhan pusat rawatan ini sekitar tahun 2020, pelbagai program kesihatan dan kemasyarakatan telah dianjurkan, semuanya dengan niat untuk berkongsi kebaikan.

“Inisiatif mereka bukan untuk menggantikan mana-mana sistem, tetapi lebih kepada menyokong dan melengkapi usaha yang sedia ada,” kongsinya.

Tambahnya lagi, pusat rawatan mereka mahu menjadi salah satu ‘tangan tambahan’ yang membantu meringankan beban masyarakat, terutamanya golongan kurang berkemampuan yang mungkin memerlukan alternatif lebih dekat dan pantas.

Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi yang membuka matanya tentang betapa pentingnya ruang rawatan tambahan, terutama bagi mereka yang perlu dibantu segera.

Maka lahirlah iltizam untuk membina sesuatu yang bukan sahaja memberi rawatan, tetapi juga menyuntik harapan.

Menariknya, Pusat Rawatan Al Farhain tidak terhad kepada satu lokasi sahaja.

“Kini, kami sudah mempunyai 11 cawangan klinik di tiga negeri. Di Kelantan sahaja terdapat tujuh cawangan, sementara di Terengganu pula, terdapat satu cawangan di Jerteh, manakala di Pahang kami beroperasi di Raub, Kuala Lipis dan Cameron Highlands.

“Selain klinik, kami juga mengendalikan tiga buah farmasi serta dua pusat dialisis,” jelasnya yang turut turun padang bersama pasukannya dalam menganjurkan program kesedaran kesihatan di peringkat komuniti.

Program itu, kata beliau, bukan sahaja membantu dari segi rawatan, tetapi memberi maklumat penting agar masyarakat lebih peka tentang penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Bagi mereka, kesihatan bukan hanya tentang ubat, tetapi juga pendidikan dan pencegahan awal.

Apa yang membuatkan pusat tersebut lebih dekat di hati ramai ialah nilai kekeluargaan yang dibawa sejak awal penubuhannya.

Nama ‘Al Farhain’ sendiri diambil sempena nama dua anak Dr Afif iaitu Aiman Farhan dan Ain Fadhilah. Gabungan nama itu memberi maksud ‘kegembiraan dunia dan akhirat’.

Nama yang indah, seindah harapan yang cuba mereka bawa kepada setiap pesakit yang hadir.

Bagi Dr Afif, setiap insan berhak untuk hidup sihat. Sama ada seseorang itu mampu atau tidak, kesihatan tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar dicapai. Oleh itu, beliau berharap agar usaha mereka terus mendapat sokongan semua pihak dan mampu berkembang ke lebih banyak kawasan pada masa akan datang.

ENERVAST

Dalam pada itu, Dr Afif turut berkolaborasi dengan selebriti yang juga penyampai radio Gegar, Fizi Roslan menerusi produk EnerVast.

“Produk tersebut dihasilkan setelah kami menjalankan kompilasi kes dan analisis ke atas pesakit yang hadir untuk rawatan. Majoriti pesakit mengalami masalah yang berpunca daripada penyakit metabolik yang sering dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan.

“Ia bukan sekadar produk kesihatan tetapi adalah hasil inovasi, keprihatinan dan kepakaran dalam memastikan rakyat Malaysia menuju kehidupan yang lebih sihat secara semula jadi,” ujar beliau lagi.