'Saya mohon maaf, sekarang sudah pulih.' Keadaan Tun Mahathir terkini buat ramai lega, doakan kesihatan semakin baik

Iklan

SITUASI kesihatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membimbangkan selepas dilihat meninggalkan program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya Ahad lalu.

Terbaharu, figura berusia 100 tahun itu muncul menerusi video di Instagram memaklumkan tahap kesihatan diri semakin pulih.

Iklan
Iklan

"Saya mohon maaf kerana semalam tidak dapat bersama. Waktu kita ada piknik, yang mana banyak ribu yang hadir tetapi oleh kerana rasa terlalu letih dan terpaksa berehat.  

"Doktor suruh pergi hospital. Saya pergilah hospital, tapi baliklah. Sekejap sahaja saya di hospital dan balik. 

Iklan

"Saya harap dimaafkan kerana tidak dapat bersama-sama semasa piknik semalam. Terima kasih," tuturnya.

Terdahulu, Tun M sempat memandu sendiri ke tapak acara dan berkayuh basikal secara ‘tandem’ bersama pegawai keselamatan khas, sebelum dilihat berehat seketika dan menikmati sarapan ringan.

Iklan

Bagaimanapun, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

Tun M menunjukkan reaksi kepenatan selepas menamatkan kayuhan antara lapan hingga sembilan kilometer.

Beliau kemudiannya meninggalkan program kira-kira jam 10 pagi sebelum sempat beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai yang hadir.

Tun M difahamkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan discaj ada hari sama.

Anaknya, Tan Sri Mokhzani terlebih dahulu memohon maaf kerana bapa dan ibunya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali terpaksa pulang awal dan tidak berkesempatan menyambut setiap tetamu yang hadir.

Menurutnya, Tun M terdahulu menghadiri beberapa program sebelum itu dan ia  agak memenatkan.

Mokhzani bagaimanapun memberi jaminan bahawa lebih banyak program seumpama itu akan dianjurkan pada masa hadapan supaya masyarakat berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama bapa dan ibunya itu.

Warga maya mendoakan agar negarawan itu pulih segera dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

"Alhamdulillah. Semoga ALLAH sentiasa menjaga Tun kesayangan kami."

"Tak perlu minta maaf Tun. Jaga kesihatan."

"Alhamdulillah.. Syukur kepada ALLAH. Menangis saya tengok video Tun semalam."

"Tiada kata-kata untuk Tun, kami doakan Tun sihat sejahtera."

Sumber: Instagram Chedetofficial