MAHU kekal wangi dan yakin dari pagi sampai malam hanya dengan satu sapuan? Ini berita baik untuk anda! Rexona kini memperkenalkan tambahan terbaharu dalam koleksi Deodoran Perfume Premium iaitu Rexona Vitamin+Bright Pear Restore.
Pengarah, Pemasaran dan Strategi Pelanggan, Kecantikan dan Penjagaan Diri Unilever Malaysia-Singapura (MYSG), Farhana Mohd Nasir berkata, dengan gabungan ramuan pencerah dan elemen wangian mewah, varian ini dirumus khas untuk membangkitkan keyakinan dan seri si pemakai.
“Jika anda penggemar haruman fruity yang elegen, Pear Restore sememangnya untuk anda. Diinspirasikan daripada minyak wangi jenama mewah dunia, ia bukan sekadar deodoran biasa.
“Bayangkan aroma segar dan berjus dari pir King William, diikuti kelembutan jasmine sebelum ditutup dengan kehangatan kayu cendana. Memang terasa eksklusif.
“Lebih menarik, ia bukan hanya membuat kita wangi tetapi turut membantu merawat kulit ketiak. Dengan 70x Vitamin C + Niacinamide, ia terbukti mampu membantu mencerahkan dalam hanya empat hari selain memberi perlindungan daripada peluh dan bau badan sehingga 72 jam,” katanya.
Bersempena pelancarannya, Rexona turut berkolaborasi dengan jenama beg tangan tempatan, Sometime by Asian Designers.
Dengan setiap pembelian Limited Edition Pear Restore Roll-On Twinpack (Mystery Pack), anda peluang memenangi beg tangan eksklusif rekaan khas.