Isu pelajar jatuh bangunan sekolah di Papar, KPM beri kerjasama penuh. 'Polis sedang siasat, hormati privasi keluarga'

Iklan

ISU pelajar perempuan Tingkatan Satu terjatuh di Sabah tular di laman sosial menyentuh hati ramai.

Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang merupakan pelajar sebuah sekolah agama di Papar  meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut, dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Lebih menyedihkan, pelajar pintar itu disahkan meninggal dunia pada malam Khamis ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Menteri Pendidikan dalam kenyataan di Facebook menyatakan pendirian kementeriannya untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden kematian seorang pelajar tersebut.

Iklan

“Pada waktu ini, kejadian sedang berada dalam siasatan pihak polis. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) KPM memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Sekadar gambar hiasan

Iklan

“Oleh itu, saya menyeru masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang mungkin boleh mengganggu siasatan.

“Hormati privasi keluarga dan beri ruang sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Beliau terdahulu telah menziarahi keluarga mangsa di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan mereka terpelihara.

“Saya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian telah menziarahi keluarga di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan mereka terpelihara.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga, termasuk dalam aspek sokongan psikososial,” katanya.

SinarPlus terdahulu melaporkan kisah Zara Qairina yang disifatkan sebagai  cemerlang dan aktif dalam aktiviti di sekolah rendahnya sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian