Bukan buang anak! Tular video 2 beradik dengan botol susu di tepi jalan ini cerita sebenar. Rupanya...

Iklan

BARU-baru ini kecoh di laman sosial sebuah video tular memaparkan dua kanak-kanak ditemui di tepi jalan dekat Garden Avenue, Seremban 2.

Menerusi paparan video berdurasi 12 saat itu, dua beradik kanak-kanak dipercayai perempuan dilihat duduk di bahu jalan dengan salah seorang daripadanya memeluk kanak-kanak yang lebih tua dipercayai berusia enam tahun.

Iklan
Iklan

Berpandukan kapsyen, kanak-kanak itu mendakwa telah ditinggalkan ibu bapa, dengan berbekalkan sebotol susu yang turut dilihat berhampiran mereka.

Kelihatan orang ramai bersama polis turut hadir berada di lokasi dua kanak-kanak itu ditemui.

Iklan

Bagaimanapun komen ditinggalkan netizen pada muat naik video itu memaklumkan ibu bapa mereka sudah mengambil semula dua beradik berkenaan di Balai Polis Seremban 2.

Menerusi komen pengguna Facebook, dua beradik itu sebenarnya bukan ditinggalkan, sebaliknya dimaklumkan si kakak membawa adiknya itu keluar dari rumah pengetahuan ibu bapa dan bapanya sedang tidur.

Iklan

"Bukan kena buang...kakak dia bawa adik keluar, ayah sedang tidur," kata Shahrul Ahmad.

Malah dia turut memuat naik foto dua beradik itu bersama seorang lelaki dipercayai bapa mereka.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din turut mengesahkan yang kedua-dua mereka telah pun diambil oleh bapa mereka.

Sumber: Sinar Harian