Pengakhiran indah yang dicemburui, imam meninggal dunia ketika memimpin solat Jumaat

Iklan

KEMATIAN dicemburui adalah ketika melakukan ibadah dan amal soleh. Bertuahlah mereka yang terpilih!

Tular di laman sosial rakaman seorang imam rebah ketika memimpin solat Jumaat menyentuh hati warga maya.

Iklan
Iklan

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid turut merakam detik sedih itu apabila imam kelihatan baru sahaja bangkit dari rukuk sebelum rebah ketika ingin sujud.

Kejadian penuh hikmah yang berlaku di Masjid Ar Rahmat, Felda Lembah Klau, Raub ketika Tengku Badri Tengku Jaafar, 60, yang juga peneroka Felda, rebah secara tiba-tiba ketika memimpin lebih 300 jemaah dalam rakaat kedua solat Jumaat.

Iklan

Allahyarham kemudian meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung pada kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Menurut adik Allahyarham, Tengku Maznan Tengku Jaafar, 43, abangnya itu memang memiliki sejarah penyakit lemah jantung.

Iklan

"Ketika kejadian saya pun menunaikan solat Jumaat di masjid sama.

Sementara itu, Penghulu Mukim Gali 2, Mohd Azmil Harun pula menyifatkan pemergian Allahyarham Tengku Badri sangat mengejutkan, namun disifatkan sebagai satu kematian yang dicemburui kerana berlaku dalam keadaan mulia.

“Arwah pergi ketika sedang memimpin solat Jumaat, dalam keadaan suci, penuh tawaduk di rumah ALLAH.

Sekadar info, terdapat 10 keadaan yang menjadi tanda-tanda seseorang beroleh husnul khatimah seperti berikut;

  • Mati pada hari atau malam Jumaat.
  • Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
  • Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.
  • Dia diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT dan beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.
  • Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan ALLAH SWT.
  • Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
  • Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan ALLAH SWT
  • Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.
  • Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.
  • Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Marilah sama-sama berdoa kepada ALLAH SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.

DOA MENDAPATKAN HUSNUL KHATIMAH

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.