Niatkan pahala untuk arwah isteri, suami Ain Farhana tawar diri jadi sukarelawan pengurusan jenazah.' Semoga menjadi ladang pahala...'

Iklan

BARU-baru ini tular di laman sosial pemergian seorang wanita selepas melahirkan cahaya mata kedua.

Video Khairul Azhar Jainal Abidin, 27, mengucup jenazah dan mendoakan isteri, Ain Farhana Mohd Fadzli diiringi air mata meluluhkan hati sekali gus mengundang lebih 82,000 reaksi warganet.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan terkini, aktivis pengurusan jenazah Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) menerusi laman rasmi Mr Wan Cai Official memaklumkan, bapa kepada dua cahaya mata itu telah menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan.

Iklan

Difahamkan, Khairul memaklumkan kepada pihak UKVJ mahu membuatkan kebaikan agar pahala dapat diniatkan ke atas nama arwah.

"Segala pahala dan kebaikan daripada khidmat fardu kifayah, diniatkan atas nama arwah isterinya. Alhamdulillah.

Iklan

"Semoga segala amal fardu kifayah yang dilaksanakan oleh suami menjadi ladang pahala yang berterusan buat arwah isteri tercinta dan menyumbang kepada ketenangan dan kemuliaan di sisi ALLAH SWT,"  katanya.

Ruangan komen dipenuhi dengan respon netizen yang kagum dengan tindakan Khairul berbuat kebajikan demi kasih sayangnya buat arwah isteri.

Rata-rata menyifatkan arwah Ain sangat beruntung kerana bukan sahaja mendapat keredaan suami tetapi juga pahala daripada amal jariahnya.

"Alhamdulillah. Mungkin dengan cara ni dia dapat mengubati kerinduan pada arwah isterinya."

"Suami yang faham agama, Alhamdulillah."

"Alhamdulillah. Semoga pahala sentiasa mengalir untuk arwah."

Sumber: Facebook