Kejam, maut dijerut cable tie! Ibu bapa kanak-kanak tertanam dalam belukar ada masalah rumah tangga, dalam proses cerai

Iklan
Foto kecil: M Tishant

TRAGEDI menyayat hati yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tular. Mayat ditemui dalam keadaan ditanam di kawasan belukar, mencetuskan persoalan besar terhadap nasib dan penderitaan yang ditanggung anak kecil itu.

Siasatan oleh pihak berkuasa membuka satu demi satu kisah gelap di sebalik kejadian. 

Iklan
Iklan

Berikut info yang dikongsikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof:

Sekadar gambar hiasan

Iklan

1-Proses bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Rembau mengesahkan punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher yang oleh menyebabkan kematian. Dalam kes berkenaan, pengikat kabel dipercayai digunakan.

2-Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Iklan

3-Berdasarkan soal siasat awal, bapa mangsa berusia 36 tahun dipercayai berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

4-Setakat ini, suspek tidak memberikan respons yang positif. Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

SinarPlus sebelum ini berkongsi kisah pilu kanak-kanak, M Tishant dilaporkan hilang di Johor Bahru pada Khamis lalu sebelum mayatnya ditemukan tertanam di belukar dalam Rompin, Jempol pada Isnin.

Susulan siasatan, bapa kandung kanak-kanak berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa berkenaan terdahulu membuat laporan polis mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan dalam kereta semasa dia keluar membeli makanan di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Sumber: Sinar Harian