‘Realitinya makin lama makin perit’ - Che Nom umum berhenti jadi influencer marketing

Iklan

SELEPAS lebih sedekad mencipta nama sebagai pencipta kandungan dan wajah dikenali dalam dunia masakan digital, Che Nom mengumumkan akan berhenti menjadi influencer marketing.

Perkara itu dikongsikan Che Nom atau nama sebenarnya, Normah Bakar, 43, menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan untuk tidak lagi meneruskan dalam bidang tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk realiti sebenar dunia pempengaruh yang jarang didedahkan kepada umum.

“Ramai ingat jadi influener ni senang…tapi realitinya makin lama makin perit,” katanya.

Iklan

Che Nom berkata, kerjaya sebagai pempengaruh semakin sesak dengan kemunculan ramai wajah baharu yang menyebabkan persaingan harga bertambah meruncing hingga menjejaskan kualiti kandungan yang dihasilkan.

Iklan

“Semua turunkan harga sebab nak dapat job tapi bila harga makin rendah, kualiti pun terjejas.

“Klien yang bayar tinggi biasanya dari syarikat besar antarabangsa dan ada yang dikaitkan dengan isu yang kita sendiri rasa berat nak sokong.

“Harapan klien juga tinggi tapi views dan virality ikut algoritma. Kita tak boleh janji angka, walaupun kita usaha sehabis baik, hasilnya tetap tak tentu.

“Nak deliver video untuk klien bukan senang. Kena ikut brief, edit banyak kali, ikut deadline. Semua ini perlukan pengalaman kerja profesional, bukan sekadar minat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menitipkan nasihat khususnya buat generasi muda yang bercita-cita untuk menceburi dunia pempengaruh agar mementingkan pelajaran terlebih dahulu.

“Sebab tu Che Nom nak pesan dekat adik-adik yang minat jadi content creator - belajar rajin-rajin dulu, kerja dulu di tempat yang ada sistem dan disiplin.

“Dunia influencer bukan jalan pintas cari duit. Tanpa asas kukuh, boleh terbeban dengan tekanan.

“Dengan itu, Che Nom nak umumkan…Che Nom akan berhenti dari influencer marketing. Dah sampai masa tutup buku bab ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, ujarnya, peminat masih berpeluang untuk menonton video terakhir yang dihasilkan Che Nom bersama Anchor sebagai penutup kepada kerjayanya itu.