Tak perlu mewah, sambutan hari jadi anak MUA Bellaz curi hati warganet – 'Saya pun orang kampung'

Iklan

APABILA menyebut tentang sambutan hari jadi anak, mesti ramai bayangkan dekorasi gah, kek bertingkat dan tetamu penuh selebriti.

Namun, berbeza pula caranya oleh pempengaruh dan terkenal, MUA Bellaz. Baru-baru ini, dia dan suami memilih pendekatan lebih sederhana tapi cukup menyentuh hati sempena ulang tahun anak kembar mereka, Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa.

Iklan
Iklan

Majlis yang berlangsung di kampung halaman mereka itu nampak sangat sederhana, tapi penuh makna.

Biarpun tiada dewan mewah atau pelamin hari jadi, sebaliknya hanya khemah kecil, namun suasana pada majlis tersebut cukup tenang.

Iklan

Apatah lagi, kehadiran tetamu yang betul-betul dekat di hati yang mana terdiri daripada jiran tetangga dan orang kampung sekeliling. Itu yang buat ramai warganet rasa terinspirasi.

Iklan

Melalui video yang dimuat naik pemilik nama sebenar, Nur Nabila Zulyadaini  di TikTok, ramai tersentuh melihat bagaimana sambutan itu diraikan.

Yusuf tampil comel berbaju putih, manakala Wara anggun dengan gaun merah jambu.

Namun, paling mencuri perhatian ialah cara pasangan ini meraikan tetamu yang dilihat cukup mengutamakan jiran-jiran dan masyarakat kampung yang selama ini menyokong mereka.

Ruangan komen pun dibanjiri pujian. Ramai yang kagum dengan sifat rendah diri Bellaz dan suami.

Ada yang kata majlis tu nampak lebih ikhlas dan menyentuh hati berbanding sambutan mewah yang selalunya hanya untuk kandungan media sosial.

Malah ada juga yang berseloroh, “Saya pun orang kampung, tapi kenapa tak dijemput?” Menandakan betapa majlis itu menyentuh emosi ramai orang.

Majlis hari jadi itu juga sebenarnya jadi cerminan bagaimana pasangan ini tak pernah lupa asal-usul walaupun kini dikenali dan berjaya.

Mereka masih menjejak tanah, menghargai komuniti sekeliling dan tak terikut-ikut dengan trend glamor semata-mata. Walaupun mampu buat majlis besar, anak jati Kedah itu memilih sambutan yang lebih bermakna.

Suasana majlis yang santai dan mesra itu turut diserikan dengan pelbagai juadah kampung yang menyelerakan. Tiada bufet lima bintang, tapi cukup untuk mengenyangkan dan menggembirakan tetamu.

Yang penting, semua orang rasa dihargai dan diraikan itu lebih bermakna daripada sebarang dekorasi mahal.

Konsep ini sebenarnya boleh jadi inspirasi kepada ramai ibu bapa di luar sana. Tak perlu tunggu duit banyak atau tempat eksklusif, cukup sekadar ada kasih sayang dan niat ikhlas nak berkongsi momen istimewa dengan orang yang rapat. Kadang-kadang, perkara paling sederhana itulah yang memberi memori paling manis.

Dalam dunia sekarang yang banyak berlumba-lumba nak ‘nampak’, tindakan Bellaz dan suami ini jadi angin segar. Ia bukan sahaja merapatkan hubungan sesama jiran, tapi juga ajar kita erti kesederhanaan dan keikhlasan yang sebenar. Bila buat sesuatu dengan hati, orang boleh rasa dan hargai.