HUBUNGAN antara pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terus menjadi perhatian netizen.
Terbaharu, kehadiran Bella di sebuah majlis keluarga melibatkan Syed Saddiq semakin mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujudnya hubungan istimewa antara mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram milik ahli politik itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat hadir memeriahkan sambutan hari lahir ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz yang ke-65.
"Kalau hari ni orang puji saya kuat, mereka patut kenal mama dulu.
"Thanks for always being there for me through my ups and downs," kongsinya.
Ramai yang mendoakan kebahagiaan dan kesihatan berpanjangan buat bekas guru Bahasa Ingggeris itu.
"Mama YB cikgu @shariffahmahani membesarkan seorang anak lelaki, tetapi telah membentuk generasi yang terinspirasi oleh keikhlasan dan kasih sayangmu. Semoga ALLAH terus melimpahkan kesihatan, keberkatan dan kasih sayang yang tidak berpenghujung dalam hidupmu. Selamat ulang tahun ke-65 kepada wanita yang penuh dengan kasih sayang dan belas ihsan tanpa batas."
"Happy birthday to mama YB, Cikgu Sharifah Mahani. Another wanita besi dlm hidup YB, semoga seluruh keluarga ini dlm rahmat dan lindungan ALLAH SWT. Aaminn."
"Selamat hari lahir buat ibumu. Insan yang menjadi tulang belakang kepada segala kejayaan dan kekuatanmu! Semoga kasih sayang sentiasa mengiringi beliau, dan didoakan ulang tahun yang penuh kegembiraan dan keberkatan!"
Bella tidak ketinggalan memberikan pelukan buat wanita kesayangan Syed Saddiq itu dan sempat merakamkan foto bersama keluarga.