Jijik! Remaja dedah terpaksa jadi pemuas nafsu bapa kandung sejak sedekad lalu

Iklan

TIADA sesiapa menyangka di sebalik senyuman seorang gadis berusia 18 tahun, rupa-rupanya tersimpan satu kisah hitam yang tidak mampu dibayangkan.

Memetik laporan Sinar Harian, dia telah dipaksa menjadi pemuas nafsu bapa kandungnya sendiri yang bekerja sebagai mekanik tanpa sesiapa tahu sejak usia lapan tahun lagi.

Iklan
Iklan

Anak sulung daripada enam beradik ini memendam segala derita dan terpaksa merahsiakan perbuatan jijik bapanya selama sedekad bukan kerana rela, tetapi takut apabila diugut.

Menurut sumber, dia juga akan dipukul setiap kali cuba melawan, malah turut mengancam untuk merogol adik-adiknya yang lain jika berani bersuara.

Iklan

Bagaimanapun, ujar sumber berkenaan, segala-galanya mula berubah apabila ibu kandungnya meluahkan rasa kecewa kerana bapanya tidak lagi memberikan wang belanja anak-anak menyebabkan wanita itu nekad untuk keluar dari rumah bersama lima adik mangsa.

“Ketika itu ibunya meminta mangsa untuk terus tinggal dengan suspek setelah wanita itu menyatakan hasrat untuk meninggalkan suaminya.

Iklan

“Mangsa bukan sahaja enggan namun terus menangis mengenangkan nasibnya yang selama bertahun menjadi pemuas nafsu bapa sejak dia berusia lapan tahun lagi,” katanya.

Lebih memilukan apabila mangsa mendakwa dipaksa melayan nafsu bapanya itu sekitar jam 9 malam di rumah mereka pada minggu lalu, ketika ibunya sedang sibuk mengemas untuk melarikan diri.

Tidak menunggu lama, ibunya kemudian membawa semua enam anaknya ke Kuala Lumpur dan menumpang di rumah adik-beradiknya yang lain sebelum membuat laporan polis pada Ahad lalu.

“Suri rumah itu turut mendakwa suaminya sering memukul anak-anak sehingga menyebabkan mereka cedera parah, tetapi tidak membuat laporan polis kerana diugut oleh suspek,” ujar sumber terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kes tersebut dan suspek telah ditahan.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” jelasnya.