'Tidak betul' - Peguam keluarga Zara Qairina sangkal diarah ambil tindakan undang-undang ke atas doktor terkenal

Iklan

PEGUAM kepada ibu Allahyarham Zara Qairina, Hamid Ismail, menolak hantaran tular di media sosial yang mendakwa beliau bakal memfailkan saman terhadap seorang doktor terkenal.

Peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, 45, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kenyataan mendakwa Noraidah mengarahkannya untuk mengambil tindakan saman adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"Tidak betul (kenyataan itu)," katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, tular di Facebook beberapa hantaran yang mendakwa tindakan saman akan diambil keluarga.

Iklan

Sekadar info, bedah siasat ke atas jenazah telah selesai pada 10 Ogos lalu selepas prosedur ekshumasi dilaksanakan sehari sebelumnya.

Bedah siasat dijalankan atas permintaan polis, disertai tiga doktor dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

Iklan

Sumber: Sinar Harian