PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenaan untuk mencemar duli melawat kanak-kanak hidap kanser yang menjadi mangsa buli, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10 yang kini berada di hospital swasta di Johor Bahru.
Turut berangkat Pemangku Sultan Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.
Dalam hantaran di Instagram, baginda bertitah agar masalah buli perlu dihentikan dengan tindakan tegas agar sekolah menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak.
Terdahulu, kes melibatkan Izzul Islam tular di laman sosial mengundang rasa sayu warganet. Apatah lagi apabila memikirkan keadaan si kecil itu yang masih menerima rawatan sebagai pesakit kanser hidung.
Berikut adalah kronologi insiden yang menyayat hati, :
1-Izzul Islam terdahulu dipukul seorang murid Tahun Enam pada 21 Februari lalu di sebuah sekolah agama.
2- Perbuatan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak berpuas hati selepas kakak kepada mangsa menolak cinta murid lelaki berusia 12 tahun itu.
3-Menurut ibu, Siti Suhana Misdi, 39, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang, Izzul dipukul, ditendang, kepala dihentak pada sebelah kiri dan kanan serta dipaksa menanggalkan pakaian. Susulan itu, mangsa kerap mengadu sakit kepala hingga tubuh menjadi lemah.
4-Doktor mengesahkan Izzul mengalami gegaran otak dan memerlukan rawatan intensif di hospital swasta dari 12 hingga 26 Mac.
5-Siti Suhana memberitahu, dia hanya mengetahui perkara itu selepas anak perempuannya mendedahkan kejadian pada 24 Mac kerana bimbang keadaan adiknya semakin teruk.
6- Laporan polis di Balai Polis Taman Universiti pada 26 Mac, namun difahamkan kes berkenaan tidak sesuai untuk dibuka kertas siasatan dan tindakan yang diambil hanyalah sesi perjumpaan antara kedua-dua keluarga.
7-Menurut ibunya, Izzul mengalami kesan yang amat mendalam hingga tidak mampu menumpukan perhatian pada pelajaran mahupun bersukan.
8- Kanak-kanak lelaki itu juga perlu melalui proses penyembuhan yang mungkin mengambil masa selama tiga tahun dan berisiko sawan jika terjatuh atau pengsan.
9-Lebih malang, katanya, Izzul sekali lagi menjadi mangsa buli pada 7 Ogos lalu di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
10-Dalam kejadian jam 10 pagi itu, pelaku berbeza memukul kepala Izzul dengan tangan.
11-Siti Suhana tidak tahu punca anaknya sering dijadikan sasaran dan percaya mungkin Izzul dianggap lemah akibat penyakit sedangkan si kecil itu semakin pulih 80 peratus selepas rawatan kanser hidung sejak dua tahun lalu.
12-Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sudah mengambil maklum berhubung aduan tersebut.
Sumber: Sinar Harian 1, 2, Instagram