Sempoi! Pakai seluar RM29.90 & minta anak alter sendiri, perkongsian Pengerusi Mara jadi perhatian

Iklan

KATA orang, pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik. Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bukan sahaja lantang memperjuangkan pendidikan dan kemahiran teknikal untuk anak muda, malah turut menunjukkan contoh melalui gaya hidup sederhana yang diamalkannya.

Berkongsi secebis kisah harian, bapa kepada enam cahaya mata itu berkongsi bagaimana beliau membeli seluar dari platform TikTok tanpa memikirkan jenama dan harga yang cukup berpatutan.

Iklan
Iklan

Tidak hanya itu, Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu  meminta anak perempuannya, Affaf mengubah suai dan menjahitnya sendiri.

Iklan

“Affaf, tolong ‘alter’ seluar Abi baru sampai”.

“Ini mesti beli seluar Tik Tok lagi ni!” Jawab ringkas puteriku Affaf.

Iklan

“Ya lah, murah je RM29.90 tapi selesa cuma kena potong sikit je. Tolong buat sekarang ya sebab Abi nak pakai pergi dinner,” titipnya.

Suami kepada Profesor Datin Dr Nurdianawati Irwani Abdullah itu mengakui kemahiran menjahit sangat berguna, terutama bagi anak perempuan selain memasak.

Asyraf turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang mahir dalam bidang jahitan, sekali gus dapat membantunya menyelesaikan perkara-perkara kecil seperti mengubah suai seluar yang dibeli secara dalam talian.

"Mujur ada anak perempuan pandai menjahit. Tak perlu susah-susah ‘alter’ kat luar. 

"Banyak seluar yang saya beli dari atas talian seperti TikTok. Kalau tidak isteri, anak perempuanlah yang tolong.

"Dunia masa kini memerlukan setiap anak-anak memiliki sekurang-kurangnya satu kemahiran tambahan yang boleh membantu kehidupan mereka akan datang," kongsinya.

Ramai yang tertarik dengan kerendahan hati seorang pemimpin yang tidak berkira menggunakan pakaian murah biarpun mampu untuk membeli helaian lebih mahal.

Selain itu, ramai warganet bersetuju bahawa kemahiran menjahit patut didedahkan kepada anak-anak sejak awal, sebagai satu kemahiran hidup yang praktikal dan boleh dimanfaatkan sepanjang hayat.

Sekadar info, Asyraf Wajdi dan Irwani yang merupakan pensyarah Jabatan Kewangan, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendirikan rumah tangga pada 27 Mei 2001.

Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar, Affaf, Affan, Azzah, Azzam dan Attiyah.