Hafizah 30 juzuk al-Quran, pelajar 10A SPM ini tular petah bahasa Jepun – 'Tak sangka bapa lagi fasih!'

Iklan

TIDAK ramai pelajar mampu jadi hafizah, skor 10A SPM dan dalam masa yang sama, petah pula bertutur dalam bahasa Jepun. Tapi itulah keistimewaan gadis ini lengkap pakej ‘luar biasa’!

Perkongsian laman sosial TikTok Madinatul Huffaz berkenaan alumni mereka, Aina Afiqah Sahipol Nizam menjadi tular di media sosial selepas video yang menunjukkan kebolehannya berbahasa Jepun dengan lancar meraih perhatian ramai.

Iklan
Iklan

Namun, yang lebih mengejutkan netizen rupanya ayah gadis ini bukan calang-calang orang! Bukan sahaja menyokong dari belakang, bapanya juga jauh lebih fasih berbahasa Jepun, hingga ramai kagum.

Dalam satu majlis penganugerahan baru-baru ini, Aina yang merupakan alumni kohort Armada yang telah menduduki SPM pada tahun 2024 meraih 10A dan dinobatkan pelajar cemerlang bagi subjek Matematik dan Fizik. 

Iklan

Tidak sekadar itu, remaja itu juga menerima Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024.

Iklan

Apa yang lebih mengagumkan, ketika ditemu bual pihak sekolah, Aina dengan yakin menyampaikan ucapannya dalam bahasa Jepun.

Pertuturannya begitu lancar, langsung tidak kedengaran kekok, malah menyamai gaya percakapan penutur asli dari Jepun.

Dalam ucapannya, Aina melahirkan rasa syukur atas anugerah yang diterima dan merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah serta para guru yang sentiasa membimbingnya.

Lebih mengejutkan, bapanya, Sahipol Nizam, yang turut berada di sisi ketika itu, turut menunjukkan kefasihan bertutur dalam bahasa Jepun!

Sahipol sempat mengucapkan tahniah kepada anak gadisnya dalam bahasa Jepun sambil meluahkan rasa bangga sebagai seorang ayah.

“Hari ini, sebagai seorang bapa, saya berasa sangat gembira kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang begitu cemerlang,” ujarnya dengan penuh bangga," tuturnya dalam bahasa Jepun.

Kejayaan Aina dalam akademik, penghafazan al-Quran, dan penguasaan bahasa asing membuktikan bahawa pelajar tahfiz mampu berdiri setanding, malah dalam banyak hal mengatasi pelajar sekolah elit seperti sekolah sains penuh.

Warganet teruja menjadikan remaja itu sebagai inspirasi. Ada sesetengah warganet mendakwa Aina memiliki ibu berbangsa Jepun dan bertutur bahasa berkenaan di rumah. Berikut komen mereka:

"Anak bertutur dalam bahasa Jepun pun sudah cukup mengagumkan. Apabila si bapa turut bercakap dalam bahasa yang sama, terus rasa… WOW! Tidak hairanlah adik begitu hebat — rupanya, sumber inspirasinya ada di depan mata!"

"Hebat sungguh! Mendengar anak bertutur dalam bahasa Jepun pun sudah cukup mengejutkan. Tapi bila dengar pula si ayah turut bertutur dengan fasih terus rasa terlalu terkejut!"

"Inilah sebenarnya erti anugerah yang diberikan kepada insan yang menjaga hubungannya dengan ALLAH. Alhamdulillah, semoga terus istiqamah dan menjadi pejuang agama hingga ke akhir hayat.

Sumber: TikTok