'Kritikal, pendarahan tidak berhenti' - Bapa kanak-kanak dipukul tukul rayu doa, bapa saudara dipercayai suspek ditemui tidak bernyawa

Iklan

TRAGIS! Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun kini bertarung nyawa selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi dalam satu kejadian mengejutkan di sebuah rumah  kedai di Jalan Kedai Jelawat, Bachok.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kini dalam keadaan kritikal.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri.

Iklan

“Mangsa dipercayai anak saudara kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Tambahnya, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Bachok dan dikejarkan ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menerima rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa sangat kritikal,” katanya. 

Lebih memilukan, mayat suspek ditemui tidak bernyawa di Pantai Melawi.

Mohd Azrie berkata, penemuan jasad lelaki berusia 46 tahun itu dimaklumkan oleh orang awam menerusi panggilan telefon.

“Siasatan mendapati suspek dijumpai mati pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad Badrul memaklumkan keadaan anaknya kritikal.

"Assalamualaikum sahabat. Anak saya mangsa dalam kes pukul di Jelawat Bachok semalam.

"Minta jasa baik kepada semua doakan anak sulung saya dipermudahkan segala urusan.

"Keadaan kritikal, pendarahan tidak berhenti. Mudah-mudahan dengan doa anda semua akan ada keajaiban untuk anak saya," kongsinya pilu.

Sumber: Sinar Harian 1, 2