4 tahun dibina demi anak-anak G4z4,  Sekolah Afwa Al Aafiyah musnah dibom rejim – ‘Kami akan bangkit semula!’

Iklan

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa kecewa dan kesedihan apabila Sekolah Afwa Al Aafiyah miliknya di G4z4, P4lestin musnah dibedil oleh rejim Isr4el.

Menerusi Instagram, penyanyi berkenaan bersama Yayasan Nurjiwa menzahirkan rasa duka cita.

Iklan
Iklan

"Hasbunallah wanikmal wakel. Isr4el membedil bagunan Sekolah Afwa Al Aafiyah. Tak mengapa, kita pasti bangkit semula!! 

Iklan

"Dr Mohanad (pengurus sekolah) dan keluarga semua telah berpindah semula ke selatan, kami akan membantu mereka disana. Doakan sukarelawan & keluarga besar saya di G4z4 selamat. Fii aamanillah," kongsinya.

Menerusi catatan Yayasan Nurjiwa, kemusnahan sekolah berkenaan menjadi tempat perlindungan serta pendidikan untuk anak-anak di sana amat mengejutkan serta menyayat hati.

Iklan

"Kami tetap bertekad untuk terus berdiri bersama rakyat G4z4 dan berusaha mencari jalan bagi membina semula harapan yang telah musnah.

"Yayasan Nurjiwa menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha kemanusiaan demi masa depan anak-anak G4z4," katanya.

Sekadar info, sekolah berkenaan  dibangunkan sebelum tercetusnya perang pada tahun 2021  agar anak-anak G4z4 dapat menimba ilmu, membesar dengan aman, dan membina masa depan yang lebih baik.