SEBAKNYA! Pempengaruh Beby Tora berkongsi berita gembira bakal bergelar ibu selepas enam tahun berusaha untuk hamil (try-to-conceive) atau TTC.
Memuat naik video sayu ketika memberi kejutan kepada suami, Apit Johari, pemilik nama Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli, 28, itu juga mendedahkan dia awalnya sudah reda tidak pernah berjaya hamil sepanjang berkahwin.
"Bismillah Masyallah Subhanallah.Terima kasih Ya ALLAH atas pinjamanmu ini. Penantian dekat enam tahun.
Dalam masa yang sama, influencer yang terkenal dengan konten mukbang itu turut mendedahkan telah berusaha menjaga pemakanan sebelum disahkan berbadan dua.
"Setelah setahun ikhtiar untuk diet dan akhirnya ALLAH makbulkan rezeki tidak disangka-sangka.
"Hadiah paling bermakna pada tahun ini. Tira doakan semoga semua pejuang TTC berjaya hamil tahun ini, aamiin.
"Doakan Tira dan baby sihat dan dipmudahkan segala urusan. Alhamdulillah Tira sudah hamil lima bulan dan memasuki trimester kedua," titipnya.
Sekadar rekod, Beby Tora dan Apit berkahwin pada 11 Mac 2019.