Tular bekas suami diterjah ketika majlis nikah, rupanya mas kahwin dan nafkah anak tertunggak

Iklan

TULAR di laman sosial seorang wanita nekad 'terjah' bekas suaminya di masjid ketika majlis akad nikah dipercayai untuk menyelesaikan urusan tunggakan hutang mas kahwin dan nafkah yang tertangguh sekian lama.

Menerusi laman sosial TikTok, lama terpaksa berulang-alik ke Mahkamah Syariah demi menyelesaikan tuntutan melibatkan hutang mas kahwin, iddah dan nafkah anak, wanita dikenali sebagai Nurin terpaksa ‘turun padang’ bersama anak sulungnya di lokasi nikah yang bertempat di sebuah masjid.

Iklan
Iklan

Ia bagi menyerahkan kertas berupa dokumen saman yang memerlukan lelaki berkenaan hadir ke Mahkamah Syariah bagi prosiding tuntutan nafkah.

Dalam perkongsiannya di media sosial, wanita tersebut mendedahkan, majlis pernikahan lelaki berkenaan bersama bakal isteri baharu sepatutnya diadakan pada 11 hari bulan. 

Iklan

Ia bagaimanapun diawalkan seminggu tanpa pengetahuan ramai kerana bimbang perkara itu diketahui umum.

Iklan

Momen meruntun hati turut dirakam apabila seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai anak kepada isteri baharu bekas suami, menegur Nurin dan anaknya di hadapan pintu masjid.

Ketika itu, anak kecil Nurin yang tidak pernah berpeluang memanggil ayahnya 'Daddy' hanya memerhati tanpa kata-kata, menambahkan lagi kepiluan.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang memuji keberanian Nurin kerana menuntut haknya mengikut saluran undang-undang. 

Sebahagian netizen turut menzahirkan harapan agar isu nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak dapat diselesaikan secara berhemah tanpa mencalar emosi atau maruah mana-mana pihak.

Sumber: TikTok