Anzalna tegur selebriti diam isu kemanusiaan: 'Gunakan pengaruh untuk perkara benar'

Iklan

 

PELAKON dan usahawan, Anzalna Nasir, tampil menyuarakan pandangan tegas mengenai tanggungjawab selebriti serta figura berpengaruh di media sosial dalam menggunakan platform mereka untuk kebaikan bersama, bukan sekadar kepentingan peribadi.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, pelakon Memori Cinta Suraya tu menulis pesanan bermakna yang dilihat sebagai peringatan kepada rakan-rakan artis dan individu berpengaruh agar tidak hanya berdiam diri terhadap isu kemanusiaan dunia.

“Apa gunanya mempunyai berjuta pengikut jika ia hanya digunakan untuk kepentingan peribadi atau perniagaan semata-mata.

Iklan

"Gunakan pengaruh anda sebaik mungkin bukan hanya untuk perniagaan, tetapi juga untuk memberi suara kepada perkara yang benar-benar memerlukan perhatian," tulisnya.

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengingatkan bahawa rezeki itu semuanya datang dari ALLAH SWT dan setiap orang tidak perlu risau terjejas sekiranya bercakap mengenai isu berkaitan penindasan di G4z4, contohnya.

Iklan

"Jangan takut rezeki akan terjejas, percayalah, rezeki semuanya datang dari ALLAH,” tambahnya lagi.

Luahan tersebut turut menerima perhatian ramai pengguna media sosial yang menyokong pendirian Anzalna, khususnya dalam konteks gerakan boikot global terhadap jenama yang didakwa mempunyai kaitan dengan Isr4el.

Sejak tercetusnya serangan berterusan terhadap G4z4, semakin ramai selebriti dan orang awam menggunakan platform masing-masing untuk menyebarkan kesedaran serta menyokong kempen kemanusiaan.

Namun, tidak kurang juga yang memilih untuk berdiam diri atas alasan menjaga imej dan kepentingan komersial.

Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, sebelum ini dikenali sebagai antara selebriti tempatan yang aktif membantu misi kemanusiaan dan sering menzahirkan keprihatinan terhadap isu P4lestin, menyeru agar pengaruh media sosial dimanfaatkan untuk perkara yang lebih bermakna.

Baginya, tanggungjawab sosial bukan sekadar pada sumbangan kewangan, tetapi juga pada suara dan pengaruh yang mampu membuka mata masyarakat terhadap isu penindasan yang berlaku di seluruh dunia.

“Kita mungkin tidak mampu berada di barisan hadapan, tetapi kita mampu bersuara dan menyebarkan kesedaran. Itu juga satu bentuk perjuangan,” antara mesej yang disuarakan oleh netizen sebagai respons kepada kenyataannya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna Threads turut memuji keberanian Anzalna kerana menyuarakan pendirian tanpa rasa takut kehilangan tawaran komersial.

Mereka menyifatkannya sebagai contoh figura awam yang menjadikan platformnya bukan hanya untuk gaya hidup mewah, tetapi juga untuk suara kemanusiaan.