Tun Laila kini bergelar isteri, kahwini Timbalan Pendakwa Raya

Iklan

TAHNIAH buat peguam dan pempengaruh terkenal, Tun Laila yang selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haiqal dengan sekali lafaz pada jam 10 pagi.

Ijab dan kabul disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri di Masjid Subang Bestari.

Iklan
Iklan

Memetik Gempak, Tun Lala menerima mas kahwin sebanyak RM13,800 sempena simbolik tarikh lahirnya.

Pengantin lelaki menyerahkan lima hantaran  berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Iklan

Pemilik nama Tun Laila Tun Rafaee, 27 itu mengakui perjalanan menuju ke hari bahagia itu bukan sesuatu yang mudah namun bersyukur segalanya selamat berlangsung.

Iklan

"Sejujurnya perjalanan ingin sampai ke hari nikah agak mencabar, tapi Alhamdulillah sampai juga pada hari ini. 

"Saya sangat bersyukur mendapat kerjasama yang baik dari keluarga dan kawan kawan dalam menyimpan rahsia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Mengakui perkahwinan sebagai satu fasa baharu, Tun Laila memohon doa daripada orang ramai agar  rumah tangga yang dibina sentiasa dalam rahmat dan keberkatan ALLAH SWT.

"Its a new journey for me, kena belajar bahagiakan suami, jadi ladang pahala senang sikit nak masuk syurga" katanya berseloroh.

"Doakan yang terbaik buat kami berdua," tambah Tun Laila.

Tun Laila menggayakan helaian busana  rekaan pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkifli berona biru lembut. 

Terdahulu, beliau selamat mengikat tali pertunangan dengan Amir Haiqal pada 10 Mei 2025 manakala merisik 31 Oktober 2024.

Sumber: Gempak