Suami, isteri orang beza 18 tahun dicekup khalwat, skandal pejabat kantoi 'check in' hotel. Sanggup ambil cuti demi memadu kasih

Iklan
Foto kiri: Gambar hiasan

PASANGAN kekasih gelap yang bermula daripada rakan sekerja dicekup.  Siapa sangka, cuti yang diambil bukan untuk berehat atau meluangkan masa bersama keluarga, sebaliknya  untuk ‘check-in’ hotel dipercayai demi memadu kasih.

Kisah cinta terlarang pasangan berbeza usia 18 tahun itu terbongkar selepas dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di bandar di Kluang, Johor pada Selasa.

Iklan
Iklan

Difahamkan, serbuan kira-kira jam 10 pagi dilakukan selepas maklumat mengenai pergerakan mencurigakan pasangan terbabit. 

Ketika operasi dijalankan, katil juga didapati bersepah di samping sarapan yang belum dijamah.

Iklan

"Ketika serbuan, televisyen di dalam bilik dipasang kuat sehingga boleh didengari dari luar.

Gambar hiasan

Iklan

"Pintu hanya dibuka lebih lima minit kemudian oleh seorang lelaki memakai seluar jean dan t-shirt, namun dia cuba menutup semula pintu selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Penguat kuasa menolak pintu dan masuk sebelum menutup televisyen. Tingkap yang terbuka turut diperiksa bagi memastikan tiada cubaan melarikan diri.

Susulan itu, pemeriksaan lanjut dilakukan JAINJ mendapati pintu tandas berkunci. Hanya selepas beberapa kali diketuk serta dipujuk, seorang wanita akhirnya muncul.

"Wanita itu lengkap berpakaian t-shirt, seluar panjang serta kain menutup kepala.

"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berusia 50-an dan mempunyai isteri serta anak manakala wanita berusia 30-an juga berstatus isteri orang dan mempunyai anak.

Gambar hiasan

"Kedua-duanya bekerja di tempat sama dan beza umur mereka adalah 18 tahun," katanya.

Difahamkan, pasangan kekasih gelap itu dari daerah berdekatan dan saling mengenali pasangan masing-masing.

Kedua-duanya mengambil cuti pada hari kejadian yang mana, suami wanita itu tidak mengetahui isterinya bercuti kerana dia keluar rumah seperti biasa, manakala isteri lelaki berkenaan tidak pernah bertanya sama ada suaminya bercuti atau tidak.

"Hubungan mereka di pejabat berjalan seperti biasa dan tidak menimbulkan syak kepada mana-mana rakan sekerja,” jelas kenyataan itu lagi.

“Siasatan mendapati mereka masuk ke bilik hotel pada jam 8 pagi dan dijangka keluar pada jam 12 tengah hari pada hari sama.

"Kedua-duanya ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian