SEPASANG bakal pengantin maut selepas SUV yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung. Kedua-duanya dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember ini, namun hasrat itu musnah sekelip mata.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supt Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku sekitar 5.30 petang di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah). SUV jenis Toyota Fortuner yang dinaiki pasangan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.