TV AlHijrah menutup 2025 dengan pelbagai program menarik yang bukan sekadar hiburan, tetapi penuh makna dan santai untuk penonton.
Sepanjang tahun, stesen ini berjaya membawa kandungan Islamik yang dekat dengan kehidupan seharian, dari digital hingga televisyen tanpa kehilangan nilai dakwah.
Konsert Malam Hijrah Bergema jadi kemuncak tahun ini. Diadakan 31 Disember 2025 di PICC, konsert itu memadukan nasyid, zikir dan semangat hijrah. Dari Rabbani, Raihan, UNIC, Hijjaz, Mawi, hingga barisan munsyid muda, semuanya menghiasi pentas bersama legenda seperti Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Nash.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, konsert tersebut lebih dari hiburan.
“Ia santapan jiwa, ajakan bersyukur, refleksi dan harmoni untuk memulakan tahun baharu,” katanya.
Dipandu Faizal Ismail dan Nabil Ahmad, persembahan dijangka hangat dan bermakna, lengkap dengan siaran radio bersama IKIMfm.
Niat
Sebelum konsert, Konvensyen Assalamualaikum memberi peluang kepada lebih 800 peserta mengikuti sesi ilmu, bengkel solat dan perkongsian rohani bersama tokoh terkenal seperti Ustazah Muzayyanah Abdullah dan Heliza Helmi. Santai tetapi sarat inspirasi!
Bagi yang tak sempat hadir, TV AlHijrah tetap menyediakan hiburan di rumah. Anugerah Carta 114 Musim Ketiga menghargai karya muzik Islamik pilihan penonton, manakala Program Tenang Sekejap dan lima telefilem eksklusif di AlHijrah Plus.
Antaranya Surat Dari Syurga, Menantu Datuk Nikah Kahwin memberi peluang menonton dari rumah dengan santai tapi bermakna.
Melangkah ke 2026, TV AlHijrah bertekad lebih dekat dengan masyarakat menerusi pengisian di masjid, institusi pendidikan dan lokasi awam. Penonton juga dapat mengikuti pelbagai aktiviti dakwah secara langsung semasa Karnival Hijrah 2026.
“TV AlHijrah bukan sekadar stesen televisyen. Ia gerakan masyarakat, mendekatkan nilai Islamik dengan kehidupan harian,” kata Namanzee.