Kerusi jadi katil, setahun tinggal di KLIA, wanita diserah ke Hospital Kajang rupanya miliki kad mental

Iklan

BARU-baru ini tular seorang wanita menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebagai rumah sementara.

Menerusi sebuah video memperlihatkan individu berkenaan berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam seperti wifi pendingin hawa dan bekalan air yang tersedia. 

Iklan
Iklan

Keadaan itu jelas jauh daripada situasi normal, apatah lagi apabila lapangan terbang sepatutnya hanya berfungsi sebagai lokasi transit sementara.

Memetik Sinar Harian, polis mengesahkan wanita yang didakwa berkenaan mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.

Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan.

Iklan

“Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu.

“Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya.

Bagaimanapun, punca sebenar keberadaan wanita tempatan itu di KLIA Terminal 1 masih belum dapat dipastikan.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman seorang individu berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang terbabit.