'Air masuk dalam badan & rasa panas menyucuk'– CT Scan bukan sekadar prosedur, wanita ini kongsi pengalaman sendiri

Iklan

BUKAN semua orang tahu apa sebenarnya yang perlu dilalui ketika menjalani imbasan CT scan.

Bagi sesetengah pesakit, ia bukan sekadar prosedur biasa, tetapi satu pengalaman yang menguji kesabaran, kesakitan, dan emosi mereka.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita tentang pengalamannya menjalani CT scan menjadi tular, membuat ramai terkejut dan sebak, bahkan ada yang mengaku rasa 'seram sejuk' hanya membaca ceritanya.

Menurut wanita ini, sebelum prosedur bermula, dia diminta minum tiga cawan air berwarna merah dan menahan kencing. Kemudian, tangannya dimasukkan branula sebelum doktor memasukkan sejenis cecair berwarna biru ke dalam saluran darah. Satu lagi cecair pula dimasukkan melalui bahagian belakang badan.

Iklan

Yang lebih menakutkan, selepas semua persiapan selesai, doktor keluar ke bilik lain dan hanya memberikan arahan dari jauh. Dari situ, rasa tidak selesa mula menyelubungi dirinya.

"Dia (doktor) cakap, kalau sakit tahan. Jangan gerak. Sekali lalu air biru kat branula. Pedih gila. Panas. Seluruh urat kau akan rasa air tu lalu. Kat bontot kau akan rasa air masuk lalu usus. Sampai la ke perut. Sumpah, aku trauma," kongsinya.

Iklan

Wanita ini memuat naik perkongsian menerusi menerusi Threads @ninaehmed_.

Malah, dia turut mendedahkan bagaimana sensasi panas dan pedih itu seolah mengalir dari kepala hingga ke hujung kaki. Bahagian bawah badan pula terasa ada sesuatu bergerak melalui usus hingga ke perut.

"Kalau mak ayah kata CT scan dia buat tak sakit tu, nampak sangat mak ayah korang tipu korang. Sebab tak nak korang risau," tambahnya lagi.

Diagnosis penyakit

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut kerana selama ini mereka menyangka CT scan hanyalah prosedur biasa yang tidak menyakitkan.

Ramai berkongsi pengalaman masing-masing, ada yang mengakui pernah merasa kesakitan dan ketidakselesaan yang sama.

"Sedihnya baca. Macam tu ke arwah mak aku lalui. Ya ALLAH. Hari tu aku buat MRI ke apa tah, aku nangis dalam tu membayangkan arwah mak," tulis seorang netizen.

"Mak mentua saya sampai nangis sebab sakit. Merayu dia dekat doktor tak nak buat lagi dah CT scan. Kesian, dia dah la dah berumur, baru detect kanser stage 4," luah seorang lagi.

Walaupun pengalaman tersebut kedengaran menakutkan, CT scan sebenarnya prosedur penting untuk diagnosis penyakit.

Setiap individu mungkin mengalami tahap kesakitan berbeza, ada yang rasa biasa sahaja, ada pula yang melalui pengalaman seperti wanita ini.

Perkongsian berkenaan sekurang-kurangnya membuka mata ramai tentang realiti di sebalik prosedur CT scan, yang bukan sekadar rutin, tetapi satu pengalaman yang menguji kesabaran, ketabahan dan emosi pesakit.