Salah siapa? 3 kenderaan diheret treler di R&R Ayer Keroh disiasat Bukit Aman. 4 jenis petak parkir ini perlu dipatuhi

Iklan

TULAR di laman sosial kejadian video memaparkan beberapa kenderaan termasuk Perodua Alza yang diparkir di bahu jalan mengalami kerosakan selepas dipercayai dilanggar dan diheret sebuah treler yang mahu memasuki laluan ke Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka.

Kejadian yang berlaku pada Ahad, 28 Disember itu membabitkan sebuah treler dipercayai melanggar tiga kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sini, semalam.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman video dan gambar yang dikongsi orang awam, kejadian tersebut didakwa berlaku sekitar jam 5.30 petang hingga 6.30 petang.

Keadaan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan memaksa treler berkenaan menghimpit kenderaan terbabit bagi membolehkan ia melepasi laluan berkenaan.

Iklan

Difahamkan sebelum kejadian, beberapa orang awam cuba mengalihkan kenderaan tersebut bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

“Kemalangan berkenaan melibatkan satu kenderaan berat jenis treler dan tiga kereta persendirian. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Iklan

Beliau turut dinasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi melancarkan siasatan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat empat jenis parkir kenderaan yang perlu dipatuhi pemilik kenderaan. 

Terdahulu, pihak berkenaan juga menegaskan orang ramai juga dilarang double park sehingga menyusahkan orang lain dan tidak boleh 'cop' parking.

"Pengguna kenderaan mestilah meletakkan  kenderaan anda di parkir yang disediakan. Ini bagi mengelakkan berlaku kesesakan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain. Petak parking juga tidak boleh diletakkan halangan seperti payung, gerai berniaga, 'cop' parkir dan lain-lain kesalahan.

"Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

"Elakkan sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sebaliknya lebih prihatin serta bertimbang rasa." kongsinya.

Sumber: Sinar Harian, Facebook