Tragis! 9 jam tertinggal dalam kereta, budak dua tahun maut, dipercayai lupa dihantar ke rumah pengasuh

Iklan

TRAGIS! Hati siapa yang tidak luluh. Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai tertinggal di dalam sebuah kereta selama sembilan jam.

Dalam kejadian di Jalan Tunku Hassan, Seremban itu, seorang ibu berusia 

Iklan
Iklan

35 tahun itu yang bekerja di sebuah bank di kawasan terbabit hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta sebaik mahu pulang ke rumah.

Berikut info yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim:

Iklan

1-Pihak polis menerima panggilan Malaysian Emergency Response Services (MERS 999)  pada 6.15 petang daripada orang awam memberitahu terdapat seorang kanak-kanak meninggal dunia di dalam kereta.

2-Hasil siasatan awal polis mendapati, mangsa didapati tidak sedarkan diri di kereta jenis Proton Saga.

Iklan

3-Kanak-kanak berkenaan dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi yang mana ibu mangsa terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.

4-Difahamkan, perkara itu hanya disedari ibunya jam 5 petang setelah selesai waktu bekerja!

5-Si kecil itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

6-mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

7-Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Arikel berkaitan

Azahar meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada polis IPD Seremban di talian 06-6033222.

Ibu menjerit

Dalam pada itu, seorang pekerja kedai pakaian yang ditemui di lokasi berkata, dia bergegas keluar selepas mendengar jeritan wanita dari bahagian belakang premis berkenaan.

“Saya dan rakan segera melihat apa yang berlaku dan dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

“Ada kata ibu kanak-kanak itu bekerja di sebuah bank di situ dan dipercayai terlupa anaknya tertinggal di dalam kenderaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian