'Biarlah orang tengok kita tiada apa-apa, miskin...' Shiera dedah Ijoy usahakan gerai, tulang belakang keluarga

Iklan

PENYAMPAI radio dan pelakon Sharifah Shahirah merungkai pertanyaan ramai berkaitan suaminya, aktor Ijoy Azhari. Menerusi sebuah video tular, Sharifah Shahirah yang mesra disapa Shiera menolak sangkaan ramai bahawa Ijoy tidak bekerja.

Pemilik nama Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 51, mendedahkan peranan Ijoy orang penting dalam mengatur keluarga.

Iklan
Iklan

"Saya perlukan dia untuk menyokong keluarga ini dari belakang. Jika saya sudah tidak larat, saya akan minta dia untuk uruskan.

"Bukan tidak mahu berlakon tetapi mereka hanya ada amaun itu untuk ditawarkan. Jika saya buatkan review untuk gerai, lebih daripada itu akan dapat

Iklan

"RM700 untuk berlakon, orang tengok glamour dan keluar TV tetapi dengan bayaran ratus begitu..." kongsi Shiera.

Iklan

Penyampai Sinar FM itu juga merendah diri dan memilih untuk membiarkan sahaja apa jua tanggapan masyarakat. Baginya, tidak mengapa jika ada yang melihat dia hidup serba kekurangan atau dianggap miskin, kerana perkara itu tidak lagi menjadi keutamaan.

Menjelaskan tentang stigma masyarakat tentang peranan lelaki dalam rumah tangga, Shiera pasrah dengan ketentuan Tuhan.

"Ada sesetengah berkata lelaki perlu lakukan ini dan ini. Ya, tapi saya tidak boleh lawan kerana ALLAH sudah aturkan.

"Tetapi dia sudah cuba yang terbaik. Saya tidak boleh buktikan kepada semua orang untuk jadi yang terbaik," kongsinya.

Pun begitu, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu menasihatkan agar setiap lelaki berusaha menjadi yang terbaik buat keluarga masing-masing.

“Tapi janganlah ikut macam Ijoy sampai tak buat apa-apa. Ijoy pun ada perkara yang dia hebat. Dalam buruk, ada baiknya.

“Setiap orang ada rezeki dan cara masing-masing. Yang paling penting, suami isteri perlu bekerjasama sebagai satu pasukan dan itu sudah cukup,” tuturnya menerusi audio siar Too Pretty Too Handle.

Sekadar info, Shiera dan Ijoy berkahwin pada tahun 2003 dan memiliki empat cahaya mata iaitu Airell, Airra, Audra, dan Adeena.

Shiera juga memiliki seorang anak perempuan, Alisya daripada perkahwinan pertamanya bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt.

Sumber: TikTok