Tragis! 11 hari menjelang nikah, ibu tunggal maut ditikam, suspek dipercayai anak sendiri. Ini kronologi

Iklan

KES membabitkan ibu tunggal di Alor Setar, Kedah ini  cukup menyayat hati. Eksekutif operasi bank Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam dikatakan bakal bernikah pada minggu hadapan.

Jelas ibu tiri Allahyarham, Norsiah Yahya, 66, Zahrullail kelihatan gembira ketika membuat persiapan untuk berkahwin kali kedua dengan rakan lamanya selepas beberapa tahun berstatus ibu tunggal.

Iklan
Iklan

“Arwah sudah membuat persiapan untuk melangsungkan pernikahan kali kedua pada 13 Februari ini dan majlis perkahwinan akan diadakan keesokan harinya, yang dibuat sekali dengan majlis pertunangan adik perempuannya.

“Makcik terkejut apabila mendapat tahu arwah sudah tiada kira-kira jam 9 pagi tadi. Makcik memang sedih kerana arwah seorang anak yang baik,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pada jam 8.45 pagi tadi, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa memaklumkan kejadian pembunuhan membabitkan ibunya di lokasi kejadian yang disyaki ditikam di bahagian badan dan dipukul pada bahagian kepala.

Iklan

Berikut info dan kronologi dikongsikan:

1-Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar awal pagi tadi sebelum salah seorang anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

2-Pemeriksaan awal mendapati tikaman dipercayai akibat senjata tidak dikenal pasti dan kemungkinan gunting atau pisau.

3-Pasukan Forensik dan Unit K9 telah hadir bersama bantu siasatan. Pemeriksaan mendapati terdapat tiga kesan tikaman iaitu di bahagian perut dan atas payudara kiri selain cedera di pergelangan tangan.

4-Terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka selain lebam di bahagian bahu kiri dan atas dahi serta luka di tapak tangan kiri," katanya.

5-Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan suspek dipercayai anak mangsa sendiri.

5-Hasil pemeriksaan juga mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang.

6-Dalam masa yang sama, usaha mengesan suspek terlibat selain meminta penama Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 29, yang juga anak sulung mangsa untuk tampil membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menyeru kepada suspek untuk tampil membantu siasatan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes.

Syed Basri berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline 04-774 7222 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Polis juga memohon kerjasama saksi, khususnya ahli keluarga terdekat mangsa atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran atau di IPD Kota Setar," katanya lagi.

 SAYANG SEPERTI ANAK SENDIRI

Ibu tiri Allahyarham Zahrullail, Norsiah memaklumkan wanita itu dianggap seperti anak sendiri manakala suspek pula pendiam.

“Apa sahaja yang makcik masak, dia akan makan dengan berselera. Walaupun makcik hanya ibu tiri, tetapi sayang seperti anak kandung sendiri.

“Cucu pula seorang yang baik dan pendiam, tetapi tidak tahulah apa yang sebenarnya berlaku. Biarlah polis jalankan siasatan kerana kami tak tahu cerita sebenar,” katanya.

Sumber: Awani, Sinar Harian