Tergamak! Tular anak kurung bapa dalam bilik kotor disyaki sakit mental, nasib Pak Mail buat ramai sebak

Iklan

PILUNYA hati menyaksikan seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga. Ditemui dalam keadaannya yang tidak terurus diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam.

Perkongsian mengenai lelaki berkenaan, yang dikenali sebagai Pak Mail, dibuat oleh aktivis Abbe Hae atau Azhan Adnan, 56, di media sosial miliknya dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Iklan
Iklan

Keadaan Pak Mail yang ditemui di dalam sebuah bilik kotor berkunci dan tidak terurus benar-benar mengundang rasa sebak. 

Disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, beberapa sukarelawan terpaksa mendukung warga emas itu keluar dari kediaman berkenaan.

Iklan

Difahamkan, Abbe Hae dimaklumkan hal berkenaan warga emas t daripada penduduk kampung. Aktivis berkenaan difahamkan telah menghubungi beberapa agensi sebelum membawa lelaki berkenaan keluar dari rumah berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad, berkata pihaknya sudah menerima maklumat berhubung kes itu lebih awal dan telah mengarahkan penghulu mukim untuk membuat semakan serta tindakan susulan di peringkat kampung.

Iklan

Dalam pada itu,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima maklumat berkaitan kes berkenaan lebih awal. 

Susulan itu, beliau mengarahkan penghulu mukim supaya membuat semakan dan mengambil tindakan lanjut di peringkat kampung.

"Hasil maklum balas selepas berhubung secara langsung dengan anak kepada warga emas berkenaan, dimaklumkan bahawa mangsa mempunyai masalah kesihatan mental dan tindakan mengurung dibuat oleh ahli keluarga atas faktor keselamatan, bagi mengelakkan mangsa mengganggu orang awam dan mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri serta orang lain.

"Perkara ini menunjukkan bahawa isu berkenaan bukan kes pengabaian yang disengajakan, sebaliknya melibatkan situasi kesihatan mental yang memerlukan pendekatan berhemah, profesional dan berfakta, serta penglibatan agensi berkaitan. (Pihak JKM telah dihubungi untuk tindakan susulan)

"Pihak kami menegaskan bahawa kebajikan rakyat tidak pernah diabaikan, dan setiap maklumat yang diterima akan ditangani mengikut prosedur, nasihat pihak berautoriti serta keperluan sebenar kes, termasuk aspek keselamatan dan kesihatan," kongsinya.

Dalam pada itu, orang ramai diminta tidak membuat andaian atau membina naratif berdasarkan emosi dan visual semata-mata, kerana ia boleh menimbulkan salah faham serta tekanan tidak wajar kepada keluarga terlibat.

Sumber: Facebook Abbe Hae, Zamakhshari Muhamad