Pilu! Ibu meninggal dunia pada hari lahir, pengantin perempuan akad nikah berdekatan jenazah undang sayu. 'Ya ALLAH  kuatkan kami...'

Iklan

HARI yang sepatutnya menjadi paling bahagia dalam hidup bertukar menjadi detik paling menyayat hati bagi pengantin baharu ini.

Menerusi sebuah video tular, pengantin dikenali sebagai Wanie pilu selepas ibu tersayang tidak sempat melihat anaknya bergelar isteri.

Iklan
Iklan

Difahamkan ibunya, Jewayah Tazally, 70, yang berjuang melawan kanser menghembuskan nafas terakhir beberapa jam sebelum ijab kabul berlangsung.

"8 Februari emak lahirkan, 8 Februari  emak tinggalkan saya, 8 Februari sepatutnya emak tengok saya nikah.

Iklan

"Doakan emak saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," kongsinya.

Iklan

Hal berkenaan dijelaskan oleh kakak pengantin  bahawa ibu mereka meninggal dunia pada jam 3 pagi, sedangkan akad nikah adiknya itu dijadualkan pada pukul 9 pagi.

"8 Februari 2026. Ada dua perkara ingin diucapkan.

"Surau yang sama. Ya ALLAH  kuatkan kami. Al-Fatihah buat bondaku yang tercinta," kongsinya.

Video menyayat hati keluarga berkenaan terdahulu dikongsikan pengguna TikTok, Anna Farhanah dan tular sehingga meruntun hati warga maya.

Menurut Anna,  pengantin terdahulu telah bersetuju untuk meminda tarikh pernikahan lebih awal memandangkan kesihatan ibunya yang membimbangkan, semata-mata supaya permaisuri hati itu sempat melihatnya bergelar isteri.

"Wanie masih segar dalam ingatan Anna, kita berbincang untuk awalkan majlis nikah Wanie, sebab masa tu tahap kesihatan emak Wanie sudah drop.

"Wanie risau tidak sempat untuk uruskan semua dokumen namun Wanie dan Sharul akhirnya berjaya selesaikan semuanya dalam masa yang singkat.

"Wanie ingin awalkan majlis sebab mahu emak Wanie ada dengan Wanie, tapi berapa jam Wanie hendak nikah ALLAH ambil semula emak Wanie.

"Kita mampu merancang ALLAH yang tentukan," titip Anna.

Rata-rata warga maya mengakui tidak dapat menahan sebak dan mengucapkan takziah buat Wanie seisi keluarga.

"Anak berpakaian putih untuk ke alam perkahwinan, ibu berpakaian putih untuk ke alam abadi. Takziah dan al-Fatihah."

"Masya-ALLAH, awak pasti orang yang hebat. ALLAH pilih awak untuk lalui 'perjalanan hebat' ini. Saya tidak dapat menafikan fasa kehilangan ibu adalah fasa yang sangat berat. Tapi ALLAH Maha Baik, DIA tetap beri awak nikmat dihadirkan seorang suami di waktu yang tepat. Semoga ALLAH beri awak kekuatan untuk lalui hari-hari selepas ini. Semoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH."

"Sakitnya hilang orang paling kita sayang, semoga awak kuat. Peluk dari jauh...al-Fatihah."

Sumber: TikTok